Gerakan siapkan jentera hadapi PRN

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Peningkatan jumlah undian kepada calon Parti Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu, menunjukkan slogan prihatin, bersih dan stabil yang diperjuangkan oleh Perikatan Nasional (PN) diterima rakyat.

Presidennya,  Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata sebanyak 34 peratus pengundi kali pertama berbangsa Melayu memberi undi dan sokongan kepada PN.

“Ia membuktikan rakyat menerima ideologi PN. Undi yang diperoleh Gerakan juga meningkat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada tahun lalu dan juga PRN Johor awal tahun ini diadakan,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Katanya, Gerakan akan mempersiapkan jentera bagi mengharungi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu pada tahun hadapan.

Pada PRU15 lalu, Gerakan bertanding di 20 kerusi Parlimen, lima daripadanya di Pulau Pinang, kubu kuat parti itu sebelum dirampas DAP pada 2008.

“Fokus bagi Gerakan adalah Pulau Pinang. Kita berjaya mendapat tempat kedua dalam empat daripada lima kerusi Parlimen yang dipertandingkan walaupun semua kerusi tersebut membabitkan empat ataupun lebih calon,” katanya di sini hari ini.

Walaupun tewas, peningkatan jumlah undian kepada calon Gerakan pada PRU15 Sabtu lalu, menunjukkan slogan prihatin, bersih dan stabil yang diperjuangkan oleh Perikatan Nasional (PN) diterima rakyat.

Katanya, sebanyak 34 peratus pengundi kali pertama berbangsa Melayu memberi undi dan sokongan kepada PN.

“Ia membuktikan rakyat menerima ideologi PN. Undi yang diperoleh Gerakan juga meningkat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada tahun lalu dan juga PRN Johor awal tahun ini diadakan,” katanya.

Dominic berkata, fokus Gerakan kini adalah pada pilihan raya di parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman

Related posts

Leave a Comment