BN, PH bentuk kerajaan Pahang

KUANTAN 26 Nov. – Pakatan Harapan (PH) Pahang sebulat suara bersetuju untuk membentuk kerajaan Pahang bersama dengan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusinya, Amirudin Shari.

Beliau berkata keputusan itu berdasarkan kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara keseluruhan yang dimenangi oleh BN iaitu 16 kerusi dan PH lapan kerusi, sekali gus melebihi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

“Kita telah mencapai persetujuan sebulat suara untuk memberi sokongan secara rasmi untuk membentuk kerajaan Pahang bersama dengan BN.

Kami berharap kerajaan negeri Pahang yang baharu pasca PRU15 dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Perikatan Nasional (PN) Pahang memenangi 17 kerusi daripada 41 kerusi DUN Pahang, manakala BN hanya memperoleh 16 kerusi dan PH, lapan kerusi.

Related posts

Leave a Comment