Pas tolak bersama Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pas tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) dan DAP, kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Pas mengambil pendirian itu selepas membuat pertimbangan dari pelbagai sudut serta meneliti pendapat umum.

Takiyuddin berkata, langkah itu juga bagi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya para pengundi yang telah memilih Pas dan Perikatan Nasional (PN)  dalam PRU-15.

“Justeru Pas akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya.

Related posts

Leave a Comment