Tabung Solidariti Najib Razak dilancar

SEPANG 18 Sept. – UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu bekas Perdana Menteri itu membayar denda RM50 juta sebagai syarat menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah. Setiausaha Agung UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan susulan perkembangan terkini membabitkan Najib yang mendapat pengampunan bersyarat bagi menjalani baki hukuman. Katanya, penubuhan tabung itu merupakan inisiatif Presiden UMNO, Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang mahu memberikan sokongan kepada Najib. “Inisiatif ini dizahirkan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh…

Read More

DAP putuskan tindakan susulan esok

SEPANG 18 Sept. – Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP esok akan memutuskan pendirian parti berhubung pengampunan bersyarat kepada Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah. Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, parti akan turut membincangkan tindakan susulan yang akan diambil berikutan keputusan Lembaga Pengampunan itu yang membolehkan Najib menjalani tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028. Dalam satu kenyataan, beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, DAP pada masa yang sama menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. “DAP sentiasa menjunjung…

Read More

UMNO lancar Tabung Sumbangan bantu Najib

SEPANG – UMNO mengambil inisiatif untuk melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu meringankan beban Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan ke atasnya sebagai syarat bagi menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata inisiatif kutipan dana itu akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi peraturan serta undang-undang berkuat kuasa. Justeru beliau menyeru seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong parti serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan supaya menyumbang secara sukarela. Dalam kenyataannya,…

Read More

Tahanan rumah Najib bersyarat

SEPANG 18 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya membayar denda RM50 juta. Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM), ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, hari ini. “Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya tidak mematuhi mana-mana syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” menurut kenyataan…

Read More

34 lokasi rekod IPU tidak sihat

SEPANG 18 Sept. – Sebanyak 34 lokasi di seluruh negara merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat pukul 8 pagi ini. Laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati, Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 198. Ia diikuti Kuching dengan bacaan IPU pada tahap 192, manakala Samarahan (185); Nilai dan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (181); Seri Manjung (175); Tasek Ipoh (173); Putrajaya dan Seremban (171) serta Shah Alam (170). Sementara itu, 31 lagi lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada…

Read More

Trump timbang pilihan tindak balas

WASHINGTON – Presiden Donald Trump, dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan tindak balas selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengaku melancarkan serangan ke atas sebuah kapal tangki di Selat Hormuz. Pihak berkuasa Iran, berkata, serangan itu adalah sebagai sebahagian daripada operasi yang didakwa menyasarkan kepentingan musuh di laluan perkapalan strategik, yang menjadi antara nadi utama perdagangan tenaga dunia. White House memaklumkan pentadbiran Trump sedang menilai keadaan serta meneliti langkah yang sesuai sebagai tindak balas namun pegawai Amerika Syarikat (AS) belum mengumumkan sebarang keputusan muktamad mengenainya. Dalam pada itu, IRGC mempertahankan tindakannya…

Read More

Qatar salur 1.3 juta liter bahan api ke Gaza

DOHA – Kementerian Luar Qatar mengumumkan negara itu menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyalurkan kira-kira 1.3 juta liter bahan api bagi memenuhi keperluan kemanusiaan di Gaza. Perjanjian itu dijangka membantu memastikan kesinambungan operasi hospital, ambulans serta kemudahan kesihatan lain yang bergantung kepada bahan api untuk menjana elektrik dan menjalankan perkhidmatan kritikal. Gaza ketika ini berdepan krisis kekurangan bahan api yang berterusan, terutama dalam sektor kesihatan yang bergelut mengekalkan operasi perubatan dan perkhidmatan penting. Ia turut menjejaskan sistem pengangkutan, dan baru-baru ini pemandu bas di Gaza melancarkan mogok…

Read More