Govind menang besar, Rara tipis

PUTRAJAYA 20 Nov. – Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo mencipta sejarah dengan menang majoriti besar sebanyak 124,619 undi di Parlimen Damansara meninggalkan pesaing daripada PN yang memperoleh 18,256 undi.

Calon BN, Tan Gim Tuan Gt hilang wang deposit apabila hanya mendapat 13,806 undi.

Calon PH lain yang menang majoriti besar ialah Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau  91,801 undi, Presiden Amanah Mohamad Sabu atau Mat Sabu (Kota Raja) dengan majoriti 73,998, Syahredzan Johan (Bangi) 69,701 undi dan Cha Kee Chin (Rasah) 61,987 undi.

Malah tindakan PH dan Perikatan Nasional (PN) yang memperkenalkan beberapa calon baharu turut membuahkan hasil apabila antara nama berkenaan memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Muka baharu seperti Adam Adli yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan yang bertanding sebagai calon PH di Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka menang dengan majoriti 8,638 undi selepas mendapat 39,418 undi meninggalkan tiga pesaingnya.

Selain itu, Syahredzan yang juga Setiausaha Politik kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang adalah antara muka baharu yang diperkenalkan dalam PRU15 kali ini, yang turut memenangi kerusi Parlimen Bangi dengan majoriti 69,701 undi.

Muka baharu dalam Parlimen pula adalah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman atau Rara memenangi kerusi Parlimen Bentong dengan majoriti tipis  692 undi meninggalkan pesaing terdekatnya dari Barisan Nasional iaitu bekas Presiden MCA,  Liow Tiong Lai.

Malah, dalam pertembungan lima penjuru di P089 itu, Rara turut melawan rakan dalam DAP yang juga penyandang Parlimen berkenaan, Wong Tack, yang bertanding atas tiket Bebas.

Pada PRU14, Wong Tack memenangi kerusi itu selepas menewaskan Tiong Lai dengan lebih 2,000 undi.

Related posts

Leave a Comment