Lagi letak jawatan, minta Zahid undur

ALOR SETAR 20 Nov.- Calon BN Jerlun Othman Aziz mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah bagi mengambil tanggungjawab moral susulan kekalahan BN di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15. Othman, yang tewas semalam, turut mendesak Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan ekoran prestasi buruk dan teruk parti serta BN. “Kita telah mencuba sehabis baik dan kita menerima ini adalah satu penolakan mutlak orang-orang Melayu terhadap UMNO ketika ini maka sudah tentulah kita merasakan kita memerlukan satu rombakan ataupun baik pulih dari segi kepimpinan UMNO.…

Read More

Kemuka calon PM sebelum 2 petang esok

KUALA  LUMPUR 20 Nov. – Istana Negara menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung semalam (19 November 2022), daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 1.15 petang, hari ini. Istana Negara menerusi Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin  memaklumkan, dokumen yang dikemukakan oleh Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh jelas menyatakan bahawa tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu. Katanya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta kerjasama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun…

Read More

Zahid beri kata dua kepada ahli Parlimen

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Di sebalik desakan supaya Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memberi kata dua kepada Ahli Parlimen BN berhubung penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN). Ahmad Zahid berkata BN tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama PN. Presiden UMNO, itu berkata tiada sebarang perundingan dilakukan dengan PN setakat ini, yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan. Beliau turut memaklumkan, semua Ahli Parlimen BN yang memenangi…

Read More

Govind menang besar, Rara tipis

PUTRAJAYA 20 Nov. – Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo mencipta sejarah dengan menang majoriti besar sebanyak 124,619 undi di Parlimen Damansara meninggalkan pesaing daripada PN yang memperoleh 18,256 undi. Calon BN, Tan Gim Tuan Gt hilang wang deposit apabila hanya mendapat 13,806 undi. Calon PH lain yang menang majoriti besar ialah Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau  91,801 undi, Presiden Amanah Mohamad Sabu atau Mat Sabu (Kota Raja) dengan majoriti 73,998, Syahredzan Johan (Bangi) 69,701 undi dan Cha Kee Chin (Rasah) 61,987 undi. Malah tindakan PH dan Perikatan Nasional (PN) yang…

Read More

Isham Jalil ganti Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu, berkuat kuasa hari ini. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan berkata, pelantikan itu susulan peletakan jawatan itu oleh Shahril Sufian Hamdan pagi tadi. “Saya ingin sahkan bahawa menurut Fasal 9.6 Perlembagaan UMNO, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melantik Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan UMNO berkuat kuasa 20 November 2022. “Ia berikutan peletakan jawatan Shahril Hamdan pada hari ini. Terima kasih atas khidmat yang diberikan saudara Shahril,” kata beliau…

Read More

Shahril Hamdan letak jawatan gesa Zahid undur

KUALA LUMPUR 20 Nov.-  Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia, dan menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN berundur secara terhormat. “Biar kepemimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini,” katanya melalui Facebooknya hari ini. Calon BN Parlimen Alor Gajah itu berkata, beliau meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab bersama selepas kekalahan BN -UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam. “Saya berpandangan bahawa pemimpin nombor satu Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu memaparkan contoh…

Read More

PRU15 : Nama-nama besar kecundang

SELAIN Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN) ramai lagi pemimpin ternama parti politik yang dijangka menang tetapi tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 semalam. Dr Mahathir gagal mempertahankan kerusi di Langkawi manakala Tengku Razaleigh gagal mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Gua Musang manakala Tengku Adnan Tengku Mansor gagal mempertahankan Putrajaya . Mohamed Azmin Ali (PN) yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak yang dimenanginya sejak  2008 atas tiket PKR dan kemudiannya menyertai Bersatu selepas PRU14. Presiden PBS,  Maximus Ongkili pula…

Read More

Formula apa sehingga bahtera UMNO makin tenggelam?

ADA yang sinis apabila di ruangan ini dan segmen program Cuit & Selak Khas PRU15,saya menjangkakan Barisan Nasional (BN) hanya mampu memenangi 40 kerusi. Ada pihak meramalkan lebih 60 kerusi dan berani meramalkan 112. Sahabat saya Sang Kelembai (SK) yang disingkirkan dari UMNO menjelang PRU15 juga masih meletakkan jangkaan 60 kerusi milik BN. Dalam marah tindakan UMNO terhadapnya masih ada ‘simpati’ SK  memberi ‘kemenangan’ kepada BN. Tetapi telahan saya juga akhirnya silap apabila BN hanya menang 30 kerusi. Banyak kerusi boleh menang hilang. Ibarat sudah terantuk baru terngadah, maka timbullah…

Read More

Dr Mahathir antara 369 hilang deposit

PUTRAJAYA 20 Nov. – Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir Mohamad adalah antara 369 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam. Sementara Dewan Undangan Negeri (DUN) pula menyaksikan sebanyak 129 daripada 441 calon yang bertanding dalam tiga pilihan raya negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak hilang wang deposit. Setiap calon perlu mempertaruhkan wang deposit sebanyak RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Dr…

Read More