5,420 kes harian di Thailand

BANGKOK 6 Julai – Sebanyak 5,420 kes jangkitan Covid-19 direkodkan dengan 57 kematian di Thailand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 294,653 kes dan 2,333 orang meninggal dunia.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,383 adalah kes dalam kalangan penduduk awam termasuk lapan kes import dan 37 lagi melibatkan kes di penjara.

Bangkok masih merekodkan jumlah jangkitan harian tertinggi iaitu 1,492 kes diikuti Samut Sakhon 398 dan Samut Prakan 318.

Kes import pula melibatkan tiga warganegara Thai yang masing-masing pulang dari Malaysia dan Myanmar serta setiap seorang pulang dari Kemboja dan Ethiopia.

Sebanyak 3,586 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah kes pulih  meningkat kepada 294,653 orang manakala 65,297 lagi pesakit masih menerima rawatan.

Sementara itu jumlah kumulatif bagi program vaksinasi pula adalah 11,058,390.

Related posts

Leave a Comment