34 juta kes, 23 juta sembuh

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 34 juta dengan kematian lebih satu juta orang sementara lebih 23 juta pesakit dilaporkan sembuh.

Sebelas negara merekodkan lebih setengah juta kes dan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 7,276,938 kes daripada 34,157,176 kes yang dicatatkan setakat 9.30 pagi ini.

India di kedudukan kedua dengan 6,312,584, Brazil 4,810,935, Rusia 1,179,634, Colombia 835,339, Peru 814,829, Sepanyol 778,607, Argentina 765,002, Mexico 743,216, Afrika Selatan 676,084 dan Perancis 616,986.

Chile merekodkan 464,750 kes, United Kingdom 462,774, Iran 461,044, Iraq 367,474, Bangladesh 364,987, Arab Saudi 335,097, Turki 320,070, Itali 317,409, Filipina 314,079 , Pakistan 312,806. Empat negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Jerman 295,539, Indonesia 291,182, Israel 253,490 dan Ukraine 218,625.

Sebanyak 13 negara lain merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Kanada 162,929, Ecuador 138,584, Bolivia 135,311, Romania 129,658, Netherlands 129,282, Morocco 126,044, Qatar 125,959, Belgium 118,452, Panama 113,342, Republik Dominica 112,728, Kazakhstan 107,979, Kuwait 105,676 dan Mesir 103,317.

Bagi kes kematian pula, daripada 1,017,129 orang yang meninggal dunia, AS mendahului dengan 207,771, Brazil 143,952, India 98,678, Mexico 77,646, United Kingdom 42,292, Itali 35,918 , Peru 32,463, Perancis 32,034 dan Sepanyol 31,973.

Iran merekodkan 26,380 kematian, Colombia 26,196, Rusia 20,796, Argentina 16,937, Afrika Selatan 16,866, Chile 12,822, Ecuador 11,433, Indonesia 10,856 dan Belgium 10,016.

Sementara itu, India mendahului kes sembuh dengan 5,273,201 daripada 23,741,658 kes sembuh yang direkodkan dunia.

Ini diikuti Brazil 4,274,774, AS 2,860,650, Rusia 960,729, Colombia 751,691, Peru 683,815, Mexico 628,007, Afrika Selatan 609,584, Argentina 603,140, Chile 438,148, Iran 383,368 dan Arab Saudi 319,746.

Pakistan pula mencatatkan 297,497 kes sembuh, Iraq 295,882, Turki 281,151, Bangladesh 277,078, Jerman 258,220, Filipina 254,223, Itali 228,844 dan Indonesia 218,487.

Related posts

Leave a Comment