SIBU 27 Okt. – Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan menggunakan lambang partinya sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dan melihat semula pemohonan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengasas PBM Larry Sng Wei Shien melalui satu hantaran di laman Facebook berkata, keputusan itu dibuat selepas BN tidak memberikan kata putus berkenaan permohonan parti itu untuk menyertai gabungan berkenaan. Katanya PBM mungkin tidak hanya bertanding di kerusi yang disandang ahlinya sahaja dan tidak semua penyandang akan diletakkan sebagai calon pada pilihan raya itu. Sng dalam satu…
Read MoreMonth: October 2022
Tony Pua tidak tinggal pasukan
KELANA JAYA 27 Okt. – Walaupun tidak bertanding pada kali ini, Tony Pua yang sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Damansara mewakili DAP, tidak akan meninggalkan pasukannya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau yang percaya kepada pasukan dan perubahan, akan terus memainkan peranan membantu jentera pilihan raya. Semalam Tony Pua, mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15, satu keputusan yang menyakitkan tetapi dibuat atas kehendak sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. “Anthony Loke, Govind Singh Deo dan lain-lain ada cuba memujuk saya terus bertanding tapi ini keputusan saya yang sudah…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 27.10.2022
MB Selangor cabar Azmin di Gombak?
KUALA SELANGOR 26 Okt. – : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, memberi bayangan meletakkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai calon kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Menyifatkan Amirudin sebagai Panglima Selangor’, Presiden PKR itu berkata, pihaknya bersedia menghantar Menteri Besar untuk berdepan saingan di kerusi berkenaan. “Itu kerja Amir (Amirudin) yang nak jaga Gombak. Kita akan hantar panglima utama Selangor untuk berdepan di Gombak, tapi ini bukan pengumuman rasmi, rasmi nanti Jumaat ini. “Saya dah bocor soalan, saya bincang dengan Amir (Amirudin),…
Read MoreRadzi Jidin calon WP Putrajaya
PUTRAJAYA 26.Okt. – Desas desus mengenai Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin bertanding di Putrajaya terjawab malam ini apabila beliau disahkan sebagai calon di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, mengumumkan nama Naib Presiden itu pada program Jelajah Prihatin PN di Putrajaya, malam ini. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, pengumuman itu menjawab pelbagai khabar angin yang bertiup selama ini. “Calon yang nak kita letak di Putrajaya adalah Datuk Dr Radzi Jidin. Saya umum awal lagi. “Malam ini…
Read MoreSambutan Negara Seri Paduka di Singapura
SINGAPURA 26 Okt. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini diberikan Sambutan Negara sempena lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Singapura selama empat hari bermula semalam. Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah ke upacara yang diadakan di Istana, Orchard Road di sini. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda kira-kira pukul 5.30 petang disambut oleh Presiden Singapura Halimah Yacob dan suami, Mohammed Abdullah Alhabshee. Al-Sultan Abdullah menerima tabik Hormat Diraja daripada barisan kawalan kehormat dengan diiringi lagu kebangsaan Malaysia Negaraku…
Read More“Ayahanda Rani Kulup’ tanding di PD
PORT DICKSON 26 Okt. – Aktivis, Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali ‘Ayahanda Rani Kulup’, 67 mengesahkan bakal mempertaruhkan nasib di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Kemunculan sukungnya itu dibuat selepas lebih 20 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau akan bertanding atas tiket Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) dan dijangka berdepan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang mewakili Pakatan Harapan (PH) selain pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nazri mewakili Gerakan Tanah Air (GTA). “Ayah hendak…
Read MoreDigugur DAP, Wong Tack tanding Bebas
KUANTAN 26 Okt. – Beberapa jam selepas namanya tidak disenaraikan DAP, penyandang kerusi Parlimen Bentong, Wong Tack mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pada satu sidang media secara dalam talian, Wong Tack berkata, keputusan bertanding secara Bebas dibuat atas tuntutan tanggungjawab terhadap rakyat selepas beliau tidak termasuk dalam ‘strategi besar’ DAP bagi PRU kali ini. “Saya ingin mengumumkan saya akan mempertahankan kerusi Parlimen Bentong atas tiket rakyat. Seperti diumumkan DAP, nama saya tidak diisi sebagai calon di Parlimen ini untuk PRU15,”…
Read MoreAgong terima menghadap PM Singapura
SINGAPURA 26 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan empat menterinya, sempena lawatan negara ke republik itu. Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dihadiri isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching. Menteri Singapura yang hadir pada sesi menghadap itu ialah Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing; Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee dan Menteri Pengangkutan, S Iswaran. Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke…
Read MoreUMNO tidak campur urusan pengampunan
KUALA LUMPUR 26 Okt. – UMNO telah membuat ketetapan untuk tidak mencampuri urusan mahkamah mahupun urusan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak, kata Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, parti tidak mempunyai sebarang kuasa dalam perkara tersebut dan ia terserah kepada badan kehakiman dan Lembaga Pengampunan untuk penentuan. “Isu pengampunan adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong, bukan kuasa parti dan kerajaan konsisten dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan mahkamah, itu jelas dan UMNO juga telah membuat ketetapan hal yang sama. Pembebasan Najib ada dua tindakan yang dilakukan…
Read More