MB Selangor cabar Azmin di Gombak?

KUALA SELANGOR 26 Okt. – : Pengerusi Pakatan Harapan (PH),  Anwar Ibrahim, memberi bayangan meletakkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai calon kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Menyifatkan Amirudin sebagai Panglima Selangor’, Presiden PKR itu berkata, pihaknya bersedia menghantar Menteri Besar untuk berdepan saingan di kerusi berkenaan.

“Itu kerja Amir (Amirudin) yang nak jaga Gombak. Kita akan hantar panglima utama Selangor untuk berdepan di Gombak, tapi ini bukan pengumuman rasmi, rasmi nanti Jumaat ini.

“Saya dah bocor soalan, saya bincang dengan Amir (Amirudin), dia kata saya ini panglima, saya mampu Insya-Allah pertahankan (untuk PH),” katanya ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Selangor di sini, malam ini.

Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dilaporkan mahu mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU15.

Azmin menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal dan memenanginya atas tiket PKR sebelum keluar parti dan menyertai Bersatu, tahun lalu.

Related posts

Leave a Comment