91.06 peratus keluar mengundi awal

SEREMBAN 28 Julai – Sebanyak 91.06 peratus atau 14,995 daripada 16,467 pengundi awal melibatkan anggota tentera, polis dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan ke-16, hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khairul Shahril Idrus, berkata 38 pusat mengundi awal dibuka di seluruh Negeri Sembilan bermula pukul 8 pagi yang kemudiannya ditutup secara berperingkat.

Katanya , sebanyak 18 pusat pengundian awal ditutup pukul 12 tengah hari, dua pusat ditutup pukul 2 petang dan 18 pusat lagi ditutup pada pukul 5 petang.

“SPR merakamkan penghargaan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), petugas media serta semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan diberikan kepada SPR,” katanya.

Pengundian awal membabitkan keseluruhan sebanyak 22,339 pemilih dengan 16,467 orang mengundi secara fizikal merangkumi 11,293 tentera dan pasangan serta 5,174 polis dan pasangan, manakala selebihnya mengundi secara pos.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi DUN dengan pengundian bagi 867,151 pemilih biasa ditetapkan pada Sabtu ini.

(Foto Fb SPR)

Nnnn

Related posts

Leave a Comment