Dapatkan rawatan jika ada simptom

BRUNEI DARUSSALAM 9 Mei – Kementerian Kesihatan menasihatkan individu yang mengalami simptom selepas suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca supaya mendapatkan rawatan segera.

Simptom itu adalah seperti sesak nafas, sakit dada, bengkak kaki, sakit perut yang berterusan, sakit kepala yang teruk atau berterusan, penglihatan kabur, atau mengalami lebam kulit (petechia) dibahagian lain badan selain tempat vaksinasi.

Menurut kenyataan melalui Facebook kementerian, pengesanan awal itu penting bagi mendapatkan rawatan segera.

Pemberian suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca dibukakan secara sukarela kepada orang ramai bermula pada hari Khamis, 6 Mei lalu.

Sementara itu sejak vaksinasi bermula 3 Mei lalu, setakat 6 Mei sebanyak 19,163 orang telah mendapatkan suntikan iaitu 16,764 dos pertama dan 2,399 dos kedua.

Related posts

Leave a Comment