KUALA LUMPUR 22 Okt. – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hasrat Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Anwar Ibrahim adalah bagi mengelakkan Gerakan Tanah Air (GTA) kalah teruk. Katanya, Dr. Mahathir tidak mahu mengakhiri kerjaya politik secara memalukan sekiranya GTA tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). “Mahathir tidak mahu mengakhiri hayat politik dengan tiada satu pun kerusi GTA dimenangi. Yang ini PH seolah-olah tidak sedar.,” katanya dalam satu kenyataan. Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga mengingatkan rakyat supaya tidak lagi bereksperimen dengan PH seperti pernah berlaku pada PRU…
Read MoreDay: October 22, 2022
Dedah maklumat, fakta, dokumen kerajaan
PUTRAJAYA 22 Okt – Beberapa petikan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan Tommy Thomas, didapati mendedahkan maklumat, fakta dan dokumen kerajaan. Pasukan Petugas Khas (STF) siasatan ke atas dakwaan dalam buku itu berkata, ia termasuk komunikasi dan perbincangan antara bekas Peguam Negara itu dan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, Perdana Menteri serta Ketua Hakim Negara. Turut didedahkan, prosiding dalam Lembaga Pengampunan dan rundingan antara kerajaan mengenai pertikaian berkaitan kontrak seperti ‘kontrak saluran paip.’ Petikan itu berkaitan komunikasi antara Tommy, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri, sebelum beliau…
Read MoreDr Dzulkefly mahu kekal Kuala Selangor
KUALA SELANGOR 22 Okt. – Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Selangor disandangnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Keputusan itu, katanya, atas dasar setia dan taat kepada parti walaupun sebelum ini beliau berhasrat mahu berundur dan memberi laluan kepada calon lebih muda. “Pucuk pimpinan Amanah dan PH sebulat suara bersetuju mahu saya mempertahankan kawasan Parlimen ini. Berapa penjuru pun pertandingan, saya akan mendukung cita-cita ini,” katanya. Bekas Menteri Kesihatan kerajaan Pakatan Harapan itu menyifatkan PRU kali ini lebih meriah,…
Read MorePN tanding semua 222 kerusi Parlimen
KOTA BHARU 22 Okt. – Perikatan Nasional (PN) akan meletakkan calon untuk bertanding di kesemua 222 kerusi Parlimen seluruh negara, termasuk 27 kerusi yang dianggap kritikal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu telah diputuskan dengan pembahagian kerusi antara parti dalam gabungan berkenaan juga selesai. “Kita sudahpun selesaikan pembahagiannya (kerusi) dalam parti PN. PN akan meletakkan calon di semua Parlimen, termasuk 27 kerusi berkenaan. “Kita ada 222 Parlimen dan kesemuanya akan ada calon (PN). Calon yang terpilih akan diumumkan di setiap negeri tidak lama…
Read MorePertandingan menembak media bersama SPRM
8CHERAS 22 Okt. – Lebih 50 pengamal media tempatan bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyertai pertandingan menembak di Lapang Sasar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, hari ini. Acara itu bertujuan mengukuhkan silaturahim antara SPRM dengan pihak media, selepas penganjurannya tertangguh beberapa tahun berikutan pandemik Covid-19. Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, SPRM, Kamaruddin M Ripin, berkata, SPRM menghargai kerjasama setiap petugas media dalam membantu agensi penguatkuasaan itu mencegah dan membanteras kegiatan rasuah. Katanya, usaha pengamal media tempatan dalam mendidik dan menyebar luas mesej serta pendedahan antirasuah melalui laporan…
Read MoreLantikan peguam luar tidak ikut prosedur
PUTRAJAYA 22 Okt. – Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas didakwa mengetepikan pegawainya sendiri dan melantik 23 peguam luar bagi mewakili kerajaan tanpa mengikut prosedur. Menurut laporan Pasukan Petugas Khas (STF) siasatan ke atas dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan Tommy, pelantikan berkenaan disifatkan sebagai ‘tidak pernah berlaku’ dalam sejarah perkhidmatan awam negara. STF turut menyifatkan pelantikan itu tidak wajar dan menimbulkan pertikaian kerana pelantikan mereka bagi mengendalikan kes berprofil tinggi secara langsung memberi peguam terbabit akses kepada dokumen dan maklumat sulit. Menurut STF, antara yang dilantik…
Read MoreJAC tidak cadang Richard Malanjum
PUTRAJAYA 22 Okt. – Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak pernah mencadangkan nama Tun Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara sebelum ini. Sebaliknya, pelantikan pada 2018 berkenaan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, dan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Begitu juga dengan pelantikan Ahmad Maarop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan sebelum ini serta David Wong Dak Wah (Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak). Perkara itu didedahkan dalam laporan Pasukan Petugas Khas (STF) siasatan ke atas dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan Tommy yang dinyahklasifikasikan.…
Read MoreSambutan Hari Alam Sekitar Negara
KUANTAN 22 Okt. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini. HASN yang disambut setiap 21 Oktober setiap tahun mengekalkan tema ‘Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama’ dengan tambahan slogan ‘Menyantuni Alam Sekitar dan Keluarga Malaysia’. Seri Paduka diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, barisan kepemimpinan kerajaan negeri, Menteri Alam Sekitar dan Air…
Read MoreCovid-19: Kes jangkitan baharu 2,256
PUTRAJAYA 22 Okt. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara semalam (Jumaat) turun kepada 2,256 termasuk enam kes import berbanding 2,561 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya. Menurut data di portal KKMNOW, ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,839,075 termasuk 38,312 kes import. Sebanyak 26,526 kes aktif dilaporkan meningkat 890 kes dengan 95.8 peratus atau 25,425 daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC). Manakala 1,054 pesakit atau 4 peratus mendapat rawatan di hospital di mana 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan…
Read MorePindah ke Tambun untuk berkhidmat
PORT DICKSON 22 Okt. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berkata, beliau memutuskan untuk bertanding di Parlimen Tambun bukannya untuk berdepan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu sebaliknya untuk berkhidmat kepada rakyat di situ. Beliau juga berkata, keputusan berpindah dari Parlimen Port Dickson bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bertujuan untuk menguatkan parti. “Saya nak beritahu, Anwar yang diamanahkan menjaga negara dan membuat kerja-kerja antarabangsa masih ada. Saya masih lagi Pengerusi Institut Pemikiran Islam Sedunia, ya… masih lagi. “Tapi bila saya jadi wakil rakyat,…
Read More