Covid-19: Kes jangkitan baharu 2,256

PUTRAJAYA 22 Okt. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara semalam (Jumaat) turun kepada 2,256 termasuk enam kes import berbanding 2,561 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Menurut data di portal KKMNOW, ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,839,075 termasuk 38,312 kes import.

Sebanyak 26,526 kes aktif dilaporkan meningkat 890 kes dengan 95.8 peratus atau 25,425 daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Manakala 1,054 pesakit atau 4 peratus mendapat rawatan di hospital di mana 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Mengenai jumlah kematian pula, sebanyak empat kes dicatat semalam termasuk satu kes kematian dilaporkan berlaku di luar fasiliti kesihatan, ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan 36,440 meninggal dunia.

Sementara itu, sebanyak 1,363 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,814,421 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment