Dr Dzulkefly mahu kekal Kuala Selangor

KUALA SELANGOR 22 Okt. – Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Selangor disandangnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan itu, katanya, atas dasar setia dan taat kepada parti walaupun sebelum ini beliau berhasrat mahu berundur dan memberi laluan kepada calon lebih muda.

“Pucuk pimpinan Amanah dan PH sebulat suara bersetuju mahu saya mempertahankan kawasan Parlimen ini. Berapa penjuru pun pertandingan, saya akan mendukung cita-cita ini,” katanya.

Bekas Menteri Kesihatan kerajaan Pakatan Harapan itu menyifatkan PRU kali ini lebih meriah, sekali gus membayangkan pertandingan lebih daripada tiga penjuru di Kuala Selangor.

“Kita bersiap sedia menghadapi kemungkinan ini. Semua parti mempunyai pengundi asas sendiri yang bukan saja mengambil kira soal calon, malah kerajaan yang bakal dibentuk.

“Meskipun pertembungan empat penjuru, saya bersama jentera sudah siap untuk bergerak selepas hari penamaan calon,” katanya selepas program serahan bantuan Deepavali Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jeram Utara di Sungai Buloh Sasaran,

Beliau menegaskan setiap calon bertanding PRU15 ada kekuatan serta kelebihan dan hanya rakyat boleh menentukan siapa pilihan mereka.

Dr Dzulkefly menang kerusi Parlimen Kuala Selangor pada PRU12, tetapi tewas kepada  Dr Irmohizam Ibrahim daripada BN pada PRU13 sebelum merampas kembali daripada Irmohizam pada PRU14.

Related posts

Leave a Comment