MB sedia tanding kerusi Parlimen

SEREMBAN 19 Okt. – Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun sedia bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya diberikan mandat oleh kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH). Katanya, terserah kepada pimpinan parti sama ada beliau perlu bertanding atau sebaliknya pada PRU itu. Pengerusi PH Negeri itu juga mengesahkan PKR akan bertanding di Parlimen Rembau, Kuala Pilah dan Port Dickson di mana senarai calon bagi Parlimen terbabit akan diumum dalam masa terdekat. “Banyak orang nak saya bertanding di Kuala Pilah, Rembau atau Port Dickson … saya serahkan kepada…

Read More

Menunggu tarikh penamaan calon, hari mengundi

PUTRAJAYA 19 Okt. –  Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis, 20 Oktober menjadi tumpuan berikutan akan terjawab beberapa persoalan mengenai beberapa tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Selain PRU15 peringkat Parlimen, mesyuarat juga akan menentukan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah dan tiga negeri yang membubarkan DUN iaitu Pahang, Perlis dan Perak. Selain tarikh writ pilihan raya dikeluarkan, dua tarikh penting yang menjadi tumpuan adalah hari penamaan calon dan hari pengundian yang sekaligus akan menjawab tempoh berkempen pada pilihan…

Read More

Pengalaman jadikan Ismail Sabri calon PM terbaik

TASEK GELUGOR 19 Okt. – Naib Presiden UMNO,  Ismail Sabri Yaakob adalah calon Perdana Menteri yang terbaik untuk Malaysia berdasarkan pengalamannya memegang pelbagai portfolio menteri, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican. “Pengalaman ini membuatkan kerajaan di bawah pimpinannya tidak dipacu secara ‘autopilot’ dan beliau sentiasa memastikan rakyat terbela termasuk menaikkan subsidi,” katanya. Sepanjang penglibatannya sebagai Ahli Parlimen, Ismail Sabri diberi tanggungjawab sebagai Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah…

Read More

Janji Bajet 2023 mampu dilaksana

TASEK GELUGOR 19 Okt. – Bajet 2023 tidak boleh ‘ditipu’ dan semua yang dijanjikan telah dikaji secara teliti sebelum dibentang di hadapan Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata segala inti pati di dalam Bajet 2023 yang dibentang di Parlimen adalah ‘janji’ yang akan dan mampu dilaksana dari segi kewangan, berbeza dengan manifesto. “Manifesto ini macam-macam boleh, langit dan bintang semua dia janji, kalau boleh bulan tu nak dibawa jatuh ke riba, tetapi cukuplah sekali terkena, jangan kita lupa dahulu macam-macam janji dalam manifesto…

Read More

PM sekadar berseloroh

TASEK GELUGOR 19 Okt. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kenyataannya berhubung pemecatan anggota Jemaah Menteri Perikatan (PN) di Bagan Datuk baru-baru ini hanya sekadar berseloroh. Katanya, jika beliau serius mengenai perkara itu, sudah lama kesemua menteri berkenaan dipecat daripada Kabinet tetapi kesemua mereka masih berada dalam Kabinet serta memegang jawatan masing-masing. “Dalam hal ini, saya berseloroh atau serius? Kalau saya serius dia (menteri-menteri PN) sudah kena pecat dah, tapi dia (mereka) masih ada dalam Kabinet, saya tak pecat tu maksudnya saya berselorohlah,” katanya. Ismail Sabri berkata demikian ketika…

Read More

Kami pun ada maruah”

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Masih belum terlambat untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memecat anggota Jemaah Menteri Perikatan Nasional (PN) yang memangku jawatan ketika ini berikutan isu 12 menteri PN menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah pembubaran Parlimen. Seorang anggota Kabinet daripada Bersatu, Dr Abd Latiff Ahmad, berkata kenyataan Ismail Sabri baru-baru ini mengenai ‘pecat menteri’, tidak sepatutnya disebut dalam ucapan politik walaupun disampaikan secara gurauan dan sinikal. “Memang kita tahu Perdana Menteri mempunyai kuasa ‘hire and fire’ (lantik dan pecat), namun kami pun ada maruah.…

Read More

UMNO tolak bersama ‘musuh dalam selimut’

KUALA LUMPUR 19 Okt. – UMNO mengulangi pendirian menolak kerjasama dengan Bersatu demi mengelakkan kemudaratan yang besar lebih-lebih lagi parti itu ditubuhkan dengan matlamat untuk menamatkan riwayat UMNO dan BN. Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, keputusan penolakan kerjasama itu juga tidak bersifat individu, sebaliknya dicapai bersama oleh pimpinan dan akar umbi parti. Justeru beliau menolak tohmahan yang mengatakan parti itu memecah belahkan ummah apabila enggan bekerjasama dengan Bersatu sedangkan UMNO itu sendiri memayungi penyatuan ummah. “Agenda itu malah terkandung rasmi dalam perlembagaannya demi agama,…

Read More