Stadium Malang diroboh dibangunkan semula

JAKARTA 19 Okt. – Stadium Kanjuruhan di Malang yang menyaksikan 130 orang terbunuh baru-baru ini akan diroboh dan dibangunkan semula mengikut piawaian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Presiden Joko Widodo, juga berikrar untuk melakukan perubahan menyeluruh terhadap sukan bola sepak yang digilai di negara itu. Pada 1 Oktober lalu, polis dipersalahkan atas insiden rempuhan maut selepas perlawanan liga di bandar Malang, berikutan tindakan pasukan itu melepaskan gas pemedih mata di stadium, satu langkah kawalan orang ramai yang dilarang FIFA. Jokowi selepas bertemu Presiden FIFA, Gianni Infantino di Istana Negara,  berkata, beliau…

Read More

GPS ibarat gadis cantik

KUCHING 18 Okt. – Gabungan Parti Sarawak (GPS) umpama masih dalam ‘fasa bercinta’ (berbaik-baik) dan sedang merancang untuk ‘bertunang’ (mengikat perjanjian) dengan pakatan parti politik di Semenanjung. Pengerusinya, Abang Johari Abang Openg.berkata, semua pakatan parti politik di Semenanjung cuba memujuk GPS menyertai mereka bagi membentuk gabungan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Dengan kiasannya GPS ibarat gadis cantik, Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata ramai yang berusaha ‘menguratnya’. “Dah nama orang kacak, semua orang ngagak, tapi kinek tuk masih bergerek, belum bertunang lagi. (Dah namanya orang cantik, semua orang…

Read More

MCA sokong Tiong Lai kembali

PUTRAJAYA 18 Okt. – Bekas Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai, mendapat sokongan penuh MCA untuk dicalonkan semula bertanding kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong, berkata seluruh ahli parti itu memutuskan calon di kerusi tradisi parti itu adalah Tiong Lai dan berikrar menyokong bekas Ahli Parlimen Bentong berkenaan. “MCA sudah membuat keputusan untuk menyokong pencalonan semula Tiong Lai sejak satu tahun setengah yang lalu dan beliau adalah calon MCA yang paling layak untuk kawasan Bentong. “Walaupun gagal mempertahankan Bentong pada PRU yang…

Read More

Ismail, Muhyiddin, Anwar mampu teraju negara

KOTA TINGGI: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menyifatkan tiga pemimpin dalam gabungan parti politik yang akan bertembung pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mampu menerajui negara ini. Mereka yang dalam keadaan sekarang berkebolehan adalah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-UMNO), bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Bersatu) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-PKR). Musa ketika menggariskan pilihan peribadinya berkata, nama tiga pemimpin itu dilihat memiliki kualiti, daya tahan serta karisma dalam memimpin negara mengharungi cabaran pada masa kini. Beliau menegaskan dalam keadaan dunia begitu mencabar…

Read More

Annuar masih teringin jadi calon

PUTRAJAYA 18 Okt. – Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa mengakui masih berkeinginan menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seterusnya berkhidmat di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, Komunikasi dan Multimedia itu berkata, kedudukan itu hanya akan ditentukan oleh ‘Top 5’ UMNO. “Sebenarnya ramai (mahu menjadi calon), bukan saya sahaja. Kalau kita ada keinginan untuk berkhidmat maka ada keinginan untuk menjadi calon. “Namun, sama ada menjadi calon untuk mewakili mana-mana parti, (seharusnya) partilah yang menentukan. Bukannya kita (calon),” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 di…

Read More

Sarawak timbang subsidi balik mengundi

KUCHING 18 Okt. – Kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan permintaan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung yang memohon subsidi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg, berkata beliau tidak menjanjikan kerajaan akan membiayai sepenuhnya kos penerbangan balik seperti ditanya seorang pelajar pada program ‘Lan Berambeh Anak Sarawak’ di Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Sebaliknya beliau hanya memaklumkan kerajaan sedia meneliti dan mempertimbangkan pemberian subsidi jika ia tidak bertentangan dengan undang-undang pilihan raya. “Perlu saya jelaskan di sini, apa yang saya katakan itu adalah…

Read More

284 terima darjah PGAT

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan. Pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) 2022 sesi pertama yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, Mohd Asghar selaku penerima kehormat, mendahului senarai 284 penerima pingat termasuk lapan pegawai tentera negara asing. Seri Paduka turut mengurniakan darjah kehormat terdiri daripada Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 12 penerima termasuk dua pegawai tentera…

Read More

RUU anti lompat parti di Sabah Nov.

KOTA KINABALU 18 Okt. – Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan anti lompat parti dijangka dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada akhir bulan depan, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor, berkata bagaimanapun kelulusannya bergantung sokongan daripada parti blok pembangkang. “Insya-Allah kita akan perkenalkan dan membawa (pembentangan RUU anti lompat parti) ke persidangan DUN nanti. Mungkin kita akan bersidang hujung November ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 ((PRU15). Ini bergantung kepada sokongan daripada pihak pembangkang kerana kita harus mempunyai dua pertiga majoriti untuk meluluskan RUU ini,” katanya selepas Majlis Jasamu Dikenang…

Read More

Titah PRU dalam tempoh terdekat

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalankan kuasa perogatif mengikut Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, secara bijaksana menzahirkan harapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diadakan dalam tempoh terdekat. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi afidavit sokongan yang difailkan Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak semalam berkata, tempoh itu sebelum monsun timur laut yang diramal bermula pertengahan bulan depan. Beliau berkata, perkara itu menunjukkan sifat keprihatinan dan cakna Yang di-Pertuan Agong dalam mengambil kira faktor kebajikan rakyat, walaupun bukan suatu keperluan…

Read More