Negeri Sembilan sertai Selangor tidak bubar DUN

SEREMBAN 12 Okt. – Negeri Sembilan menjadi negeri kedua selepas Selangor yang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ini menjadikan dua negeri di bawah Pakatan Harapan (PH), mengekalkan pendirian Majlis Presiden PH sebelum ini manakala Pulau Pinang diminta membincangkan semula cadangan pembubaran awal yang dicadangkan DAP. Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata, Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan supaya kerajaan negeri mengutamakan dulu isu membabitkan kepentingan rakyat dan persiapan menghadapi banjir sebelum membubarkan DUN. “Cerita…

Read More

Label kalori menu kafeteria tahun depan

PUTRAJAYA 12 Okt. – Satu projek rintis pelabelan maklumat kalori dalam menu makanan akan dilaksanakan mulai awal tahun depan di kafeteria dan restoran terpilih di pusat pentadbiran kerajaan itu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengenal pasti kafeteria dan restoran yang akan mengambil bahagian dan kemudiannya akan diperluaskan ke seluruh negara. Beliau berkata, ketika ini Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengenalpasti kafeteria dan restoran yang akan mengambil bahagian dalam projek rintis itu. Pada masa sama, katanya KKM juga melihat kerjasama dengan syarikat restoran makanan…

Read More

Warisan tanding semua 25 kerusi di Sabah

KOTA KINABALU 12 Okt. – Parti Warisan akan bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah, dan kerusi Parlimen Labuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Presidennya, Mohd Shafie Apdal. Beliau menyifatkan PRU-15 sebagai pendekatan untuk memperbaharui keadaan negara, khususnya Sabah. Justeru, Warisan mengambil keputusan untuk bertanding di semua kerusi Parlimen Sabah kerana mahu menetapkan semula keadaan, pentadbiran dan cara pengurusan peringkat negeri Sabah. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan di sini, hari ini. Mengenai calon, Shafie berkata, satu pendekatan Warisan ialah memastikan adanya…

Read More

Sultan Perak belum beri perkenan bubar

IPOH 12 Okt. –  Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum memberi sebarang perkenan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Menteri Besar, Saarani Mohamad. Beliau berkata, sebarang ketetapan berkaitan pembubaran DUN akan dimaklumkan Sultan Perak kelak. “Setelah Tuanku berkenan untuk buat keputusan, maka Tuanku akan menitahkan saya menghadap (sekali lagi),” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini. Saarani berkata Sultan Nazrin bertitah bahawa baginda mengambil maklum mengenai permohonan dikemukakan dan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Read More

Cukup tiga PM, bukan empat  dalam sepenggal

ISU warkah 12 menteri Kabinet terus menjadi bahan pertikaian apabila Presiden UMNO menyifatkan tindakan itu merupakan niat jahat ‘musuh’ Barisan Nasional (BN) untuk mengaibkan Perdana Menteri, dari UMNO @ BN. Menurut Ahmad Zahid Hamidi, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob boleh sahaja memecat 12 menteri terbabit, namun ia hanya akan membawa krisis yang lebih besar, parah dan memalukan pentadbiran negara. Sebarang tindakan keatas 12 anggota Kabinet itu hanya akan mengundang usul undi tidak percaya atau akan berulang tindakan seumpama ‘Langkah Sheraton’ yang akhirnya memungkinkan terlantik ‘Perdana Menteri Keempat’ Begitulah episod ‘duka…

Read More

Bubar 3 DUN : Pas putuskan esok

SEPANG 12 Okt. – Tanda tanya berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri dikuasai Pas iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, dijangka dimuktamadkan esok. Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pimpinan Pas Pusat dijangka membuat pengumuman perkara itu selepas mesyuarat Jawatankuasa Penuh Pas Pusat di Kuala Lumpur. Dalam perkembangan lain, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dakwaan mengatakan Pas bersetuju untuk membubarkan DUN menerusi mesyuarat yang diadakan semalam adalah tidak benar. “Tidak benar (pembubaran DUN di tiga negeri). Parti akan membuat keputusan…

Read More

14 negara anggota majlis hak asasi

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memilih 14 negara menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal tiga tahun yang bermula pada 1 Januari 2023. Pemilihan melalui undian sulit itu memilih Algeria, Maghribi, Afrika Selatan, Sudan (untuk Afrika); Bangladesh, Kyrgyzstan, Maldives, Vietnam (untuk Asia-Pasifik); Georgia, Romania (untuk Eropah Timur). Turut dipilih adalah Chile, Costa Rica (untuk Amerika Latin dan Caribbean); Belgium dan Jerman (untuk Eropah Barat dan negeri lain) Sudan dan Jerman telah dipilih untuk penggal kedua berturut-turut. Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang berpangkalan di Geneva adalah badan…

Read More

Tiada bukti syor vaksin khusus Omicron

GENEVA: Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan belum ada cukup bukti bagi mengesyorkan suntikan Covid-19 khusus untuk Omicron berbanding versi asal. Menurut Pakar Imunisasi Kumpulan Penasihat Strategik (SAGE) WHO, vaksin yang disesuaikan dengan varian dominan global mungkin hanya menawarkan ‘manfaat tambahan yang kecil’. “Data yang ada pada masa ini tidak mencukupi untuk menyokong pengeluaran sebarang cadangan keutamaan bagi vaksin penggalak yang mengandungi varian bivalen, berbanding vaksin penggalak virus leluhur saja,” katanya dalam satu kenyataan. Empat vaksin mRNA yang mengandungi subvarian Omicron BA.1 atau BA.4/5 dan digabungkan dengan virus leluhur, dibenarkan…

Read More

Ekonomi global meleset Jun 2023

KEMELESETAN ekonomi global dan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dijangka berlaku pada pertengahan 2023, kata CEO JPMorgan Chase Jamie Dimon. Katanya, inflasi semakin meningkat di AS dan dunia, kadar faedah meningkat lebih daripada jangkaan dan konflik Rusia-Ukraine dianggap sebagai faktor “sangat serius” yang boleh menyebabkan kemelesetan. Menurut ketua bank pelaburan multinasional dan syarikat perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di AS itu, situasi ini sangat serius. Dimon seperti dilaporkan media berkata, Eropah sudah pun mengalami kemelesetan dan ini dijangka meletakkan AS dalam kemelesetan untuk tempoh enam ke sembilan bulan dari sekarang. Rizab Persekutuan…

Read More