Warisan tanding semua 25 kerusi di Sabah

KOTA KINABALU 12 Okt. – Parti Warisan akan bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah, dan kerusi Parlimen Labuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Presidennya, Mohd Shafie Apdal.

Beliau menyifatkan PRU-15 sebagai pendekatan untuk memperbaharui keadaan negara, khususnya Sabah.

Justeru, Warisan mengambil keputusan untuk bertanding di semua kerusi Parlimen Sabah kerana mahu menetapkan semula keadaan, pentadbiran dan cara pengurusan peringkat negeri Sabah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan di sini, hari ini.

Mengenai calon, Shafie berkata, satu pendekatan Warisan ialah memastikan adanya gabungan orang muda dan orang lama dan yang penting untuk memastikan kemenangan.

Mohd Shafie berkata, Warisan juga akan meletakkan calon di beberapa kerusi Parlimen di Semenanjung iaitu di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan mungkin di Kelantan satu (kerusi Parlimen).

“Kita mempunyai calon pemegang ijazah doktor falsafah (PhD), profesor, doktor yang kita akan tawarkan untuk bertanding dan mereka sangat profesional,” katanya.

Related posts

Leave a Comment