Ekonomi global meleset Jun 2023

KEMELESETAN ekonomi global dan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dijangka berlaku pada pertengahan 2023, kata CEO JPMorgan Chase Jamie Dimon.

Katanya, inflasi semakin meningkat di AS dan dunia, kadar faedah meningkat lebih daripada jangkaan dan konflik Rusia-Ukraine dianggap sebagai faktor “sangat serius” yang boleh menyebabkan kemelesetan.

Menurut ketua bank pelaburan multinasional dan syarikat perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di AS itu, situasi ini sangat serius.

Dimon seperti dilaporkan media berkata, Eropah sudah pun mengalami kemelesetan dan ini dijangka meletakkan AS dalam kemelesetan untuk tempoh enam ke sembilan bulan dari sekarang.

Rizab Persekutuan AS, antara kebanyakan bank-bank pusat utama di dunia telah menaikkan kadar-kadar faedah secara agresif untuk menangani inflasi yang kini membelenggu banyak negara pada tahap tertinggi dalam beberapa dekad.

Related posts

Leave a Comment