Label kalori menu kafeteria tahun depan

PUTRAJAYA 12 Okt. – Satu projek rintis pelabelan maklumat kalori dalam menu makanan akan dilaksanakan mulai awal tahun depan di kafeteria dan restoran terpilih di pusat pentadbiran kerajaan itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengenal pasti kafeteria dan restoran yang akan mengambil bahagian dan kemudiannya akan diperluaskan ke seluruh negara.

Beliau berkata, ketika ini Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengenalpasti kafeteria dan restoran yang akan mengambil bahagian dalam projek rintis itu.

Pada masa sama, katanya KKM juga melihat kerjasama dengan syarikat restoran makanan segera bagi membolehkan pelabelan maklumat kalori dalam menu makanan turut dapat dilaksanakan di rangkaian masing-masing.

Mereka juga tidak perlu membelanjakan duit untuk mendapatkan juruperunding bagi melabelkan menu-menu makanan yang dijual,” katanya.

Beliau berkata, projek rintis yang dianggarkan mengambil tempoh antara enam bulan hingga setahun akan dinilai sebelum Dasar Pelabelan Menu Makanan diputuskan untuk diwajibkan atau sebaliknya.

Dapatan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2019) menunjukkan prevalen obesiti dalam kalangan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas adalah 19.7 peratus manakala 30.4 peratus mengalami berlebihan berat badan atau satu daripada setiap dua orang dewasa Malaysia (50.1 peratus) berlebihan berat badan dan obes.

Masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam yang bekerja di agensi jabatan kerajaan mencapai 41.4 daripada jumlah berkenaan.

Tinjauan itu juga mendapati, Putrajaya adalah wilayah yang mencatatkan masalah obesiti tertinggi dalam kalangan orang dewasa, iaitu sebanyak 45.8 peratus.

Khairy berkata, melalui projek rintis itu kelak, KKM akan menyediakan segala persediaan termasuk maklumat pemakanan bagi memudahkan pengusaha kafeteria dan restoran.

Related posts

Leave a Comment