Kes baharu Covid-19 negara 1,627

PUTRAJAYA 9 Okt. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara semalam (Sabtu) terus menunjukkan penurunan dengan 1,627 kes dilaporkan, termasuk tiga kes import berbanding 1,788 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di portal KKMNOW, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,815,277 dengan 38,246 kes import.

Sebanyak lima kes kematian dicatat semalam termasuk satu kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada 36,398 termasuk 7,740 kes BID.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 dalam negara kini berjumlah 23,121 dengan 95.6 peratus atau 22,115 sedang menjalani kuarantin di rumah, 963 pesakit mendapat rawatan di hospital dengan 16 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa yang sama, negara juga mencatatkan 2,379 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,794,004.

Related posts

Leave a Comment