MT UMNO panggil mesyuarat khas

KUALA LUMPUR 9 Okt. – UMNO memanggil mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam esok, dipercayai bagi memperinci persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) serta memuktamadkan bentuk kerjasama dengan Pas. Panggilan mesyuarat itu dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan bertarikh 7 Oktober. Mesyuarat akan dipengerusikan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pukul 8 malam yang dijangka menyentuh jangkaan tarikh pembubaran Parlimen yang akan diumumkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Sebelum ini Dr Ahmad Zahid mendesak Pas menyatakan pendiriannya dalam masa terdekat berhubung ketetapan itu dengan meminta parti…

Read More

Yang di-Pertuan Agong lawat UK

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke London, United Kingdom (UK) malam ini bagi mengadakan lawatan Khas, bermula esok hingga 16 Oktober ini. Turut berangkat anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah. Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pukul 9.30…

Read More

DAP belum terima notis keluar parti

PADANG BESAR 9 Okt. – DAP belum menerima notis peletakan jawatan atau keluar parti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu, kata Setiausaha Agung, Anthony Loke. “Setakat ini, saya belum menerima apa-apa notis rasmi daripada beliau, itu hanya teka-teki, desas desus atau khabar angin sahaja setakat ini. Jadi sebelum saya  menerima apa-apa notis rasmi maka tidak ada keperluan untuk saya memberikan komen,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat DAP Perlis yang baru di Jalan Besar, di sini hari ini. Katanya, jika terjadi perkara berkenaan, maka kerusi…

Read More

Sultan Selangor hadir Maulidur Rasul

SHAH ALAM 9 Okt. –  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M peringkat negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah @ Masjid Negeri, di sini hari ini. Baginda diiringi Menteri Besar, Amirudin Shari; Setiausaha Kerajaan Negeri, Haris Kasim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad. Sultan Sharafuddin turut berkenan melancarkan Akademi Literasi Al-Quran Selangor ditubuhkan di JAIS, bertujuan memberi penekanan serius ke arah melahirkan umat Islam berkemahiran membaca dan mengajar, berupaya mengamal dan berkebolehan mempersenikan al-Quran. Akademi itu bertujuan…

Read More

Warisan jangka PRK Bugaya serentak PRU

KOTA KINABALU 9 Okt. – Parti Warisan menjangkakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Semporna diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ketua Penerangannya,  Awang Ahmad Sah Awang Sahari, berkata ia berikutan pembatalan proklamasi darurat Covid-19 bagi kawasan itu yang dikuatkuasakan sejak akhir 2020 oleh Yang di-Pertuan Agong, Khamis lalu. Katanya, Warisan akan mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenangi atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September 2020 oleh penyandangnya, Allahyarham Manis Muka Mohd Dara sebelum meninggal dunia pada 17 November 2020.…

Read More

17 anggota Parlimen Pas sokong PM

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Kesemua 17 Ahli Parlimen Pas, termasuk tujuh anggota eksekutif dalam pentadbiran kerajaan, kekal menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Naib Presiden Pas yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, memaklumkan semua Ahli Parlimen Pas tidak pernah menarik sokongan kepada Perdana Menteri. “Sokong (Perdana Menteri). Bila kami kata tak sokong?” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini. Beliau mengulas tindakan 12 anggota Kabinet…

Read More

Surat 12 menteri PN tidak jejas PM

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Tindakan 12 anggota Kabinet daripada Perikatan Nasional (PN) menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian tidak bersetuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini tidak menjejaskan kerajaan sekarang. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sokongan kepada seseorang Perdana Menteri adalah tertakluk pada majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat dan bukan anggota Kabinet. Justeru katanya,  tidak timbul isu keabsahan kerajaan tergugat disebabkan surat berkenaan, sebaliknya perkara itu hanya dibangkitkan pihak yang tidak memahami undang-undang hingga menimbulkan kekeliruan. Beliau menjelaskan, dalam Perlembagaan, hilang sokongan adalah…

Read More

Syed Zainal Abidin terima anugerah

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Tokoh korporat, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir diumumkan penerima Anugerah Perdana, manakala Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Prof Dr Azizan Baharudin menerima anugerah bagi Ikon Sains dan Peradaban. Selebriti , Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan. Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9, Ahmad Noor Sulaiman (Ikon Media Islam); Pengasas Kumpulan Zikay,  Mohd Khay Ibrahim (Ikon Korporat Islam), pesara guru Tadika,…

Read More

Siap siaga hadapi banjir skala besar

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menggesa rakyat Malaysia terutama agensi kerajaan, bersiap siaga menghadapi banjir berskala besar yang diramalkan bermula hujung bulan depan. Baginda meminta agensi kerajaan membuat persiapan rapi secara menyeluruh demi kemaslahatan masyarakat sekiranya ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) itu menjadi kenyataan. Titah baginda, persediaan agensi kerajaan itu bukan sekadar memfokus kepada usaha mengurangkan kesan banjir tetapi juga merangka kaedah bagi memastikan bantuan dapat diagihkan secara berkesan dan secepat mungkin. “Kita sedia maklum bahawa saban tahun tatkala kehadiran November,…

Read More

Contohi aspek kepemimpinan Rasulullah SAW

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya setiap apa yang dilakukan pemimpin perlulah dibuat semata-mata atas dasar untuk menjaga kemaslahatan ummah. Menurut Al-Sultan Abdullah, gesaan itu selaras dengan konsep pemerintahan dalam Islam yang berteraskan amanah, dengan pemimpin perlu mencontohi aspek kepemimpinan yang diajar Rasulullah SAW. “Baginda mengajar setiap pemimpin untuk pertamanya, menetapkan niat yang betul. Setelah itu, berlaku jujur dalam menjalankan amanah dan meletakkan nilai ketakwaan kepada Allah sebagai pegangan utama. “Konsep pemerintahan yang dituntut Islam adalah satu amanah, yang sentiasa…

Read More