Jumlah korban di stadium 125 orang

SEMAKAN semula jumlah mangsa tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur, mendapati angka sebenar korban ialah 125 orang.

Perbezaan jumlah mangsa yang dilaporkan sebelum ini disebabkan kesilapan dalam rekod kematian di 10 hospital yang mengendalikan mangsa.

Sementara itu, Kompas.com melaporkan, berdasarkan maklumat yang dikemas kini malam ini, polis mengesahkan seramai 323 orang lagi cedera dalam kejadian berkenaan.

Menurut laporan berkenaan, pihak berkuasa sudah mengenal pasti identiti semua mangsa yang terbabit.

Sebelum ini beberapa media tempatan dan antarabangsa melaporkan angka korban yang berbeza iaitu antara 125 hingga 174 orang dengan memetik sumber yang sahih.

Related posts

Leave a Comment