FIFA dukacita tragedi di Malang

JAKARTA: Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino menyatakan rasa dukacitanya atas tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, yang meragut 125 nyawa. 

Infantino turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang terkorban dalam insiden tragis itu.

“Hari ini…hari suram buat semua yang terlibat dalam arena bola sepak dan satu tragedi yang tidak dapat dibayangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata dunia bola sepak terkejut dengan insiden tragis yang berlaku selepas perlawanan antara Arema FC dengan Persebaya Surabaya.

“FIFA dan komuniti bola sepak global, ingatan dan doa kami untuk mangsa serta mereka yang cedera. Kami turut bersama rakyat Republik Indonesia, Konfederasi Bola Sepak Asia, Persatuan Sepak Bola Indonesia pada masa sukar ini,” katanya.

Sementara itu, polis Indonesia dalam satu kenyataan memaklumkan semakan semula yang dilakukan pihak berkuasa mendapati jumlah sebenar korban adalah 125 orang, bukan 129 seperti dilaporkan sebelum ini. 

Related posts

Leave a Comment