Kes jangkitan baharu turun di Indonesia

JAKARTA 1 Okt. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, turun sedikit kepada 1,639 berbanding 1,857 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,433,263 sejak kes pertama 2 Mac 2020. Daerah Jakarta terus merekodkan kes tertinggi iaitu 603, turun berbanding semalam sebanyak 734 kes diikuti Jawa Barat 313 (342), dan Jawa Timur 153 (206). Sebanyak 1,526 kes sembuh direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,257,444 orang manakala 10 orang dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 158,122 kematian. Pemerintah juga melaporkan, terdapat 17,697…

Read More

Dua lagi anggota Parlimen sertai PBM

SHAH ALAM 1 Okt. – Dua lagi anggota Parlimen Xavier Jayakumar (Kuala Langat) dan Santhara Kumar (Segamat) menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menjadikan parti itu kini mempunyai enam orang wakil di Dewan Rakyat. Presiden Pengganti PBM, Zuraida Kamaruddin, mengesahkan perkara berkenaan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertama PBM di ibu negara, hari ini. Empat anggota lain adalah  Zuraida (Ampang), Steven Choong (Tebrau), Larry Sng (Julau), semuanya menang atas tiket PKR pada pilihan raya umum lalu dan Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu) atas tiket Warisan. Zuraida dan Edmund Santhara yang juga Timbalan Menteri…

Read More

Anugerah Hari Warga Emas Kebangsaan

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Bekas Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Prof Dr Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid menerima Anugerah Warga Emas Wanita Negara sempena sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2022, hari ini. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengurniakan anugerah itu kepada Tengku Aizan pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini. Tengku Aizan, 64, menerima anugerah itu atas pembabitannya dalam bidang pendidikan dan penyelidikan sejak 2002 hingga kini dan banyak menyumbang kepada pemerkasaan warga emas pada peringkat kebangsaan serta antarabangsa dengan membantu…

Read More

1.3 juta pekerja asing pelbagai sektor

PUTRAJAYA 1 Okt. – Setakat 26 September lalu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing dan daripada jumlah itu sebanyak 436,613 kuota telah membuat bayaran levi. Menurut KSM,  mengambil kira 1.3 juta pekerja warga asing sedia ada serta bilangan kuota yang telah diluluska, jumlah itu telah hampir memenuhi permintaan industri untuk keperluan guna tenaga pekerja warga asing. Katanya, keperluan guna tenaga pekerja warga asing di Malaysia adalah dalam lingkungan 1.8 juta dan merupakan jumlah maksimum yang pernah dicapai. Dalam satu kenyataan hari ini, KSM berkata…

Read More

PKR terkilan kedegilan UMNO

KUALA LUMPUR 1 Okt. –  PKR terkilan dengan sikap degil UMNO yang mahu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun ini walaupun negara berdepan ancaman banjir. Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung, berkata kos mengadakan pilihan raya juga dijangka meningkat sehingga RM100 juta jika ia diadakan pada musim banjir. Katanya, jangkaan peningkatan kos terbabit bersamaan dengan peruntukan tambahan yang boleh digunakan bagi menyelesaikan isu 3,000 doktor perubatan berstatus kontrak. “Jabatan Meteorologi sudah memberi amaran bahawa banjir akan melanda seawal bulan November dan jutaan keluarga akan terjejas dengan kerugian mencecah berbilion…

Read More

2.047 pegawai pendidikan naik gred

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Kerajaan bersetuju supaya gred Guru Besar (khas untuk penyandang) dan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Guru Besar Gred DG48 tidak diturunkan sebagai Guru Penolong Kanan atau guru biasa di sekolah rendah apabila dinaikkan pangkat ke gred DG52 dan DG54 secara ‘time based’ Berasaskan Kecemerlangan (TTBK). Katanya, laluan kerjaya Guru Cemerlang di sekolah rendah diperluas sehingga ke gred DG52 dan DG54, berikutan 90.68 peratus guru sekolah rendah sudah pun berada di…

Read More

Bubar : PM perlu bawa ke Kabinet

KOTA BHARU 1 Okt. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob perlu berbincang terlebih dahulu dalam Kabinet berhubung pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) diadakan. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata jemaah menteri boleh memberikan pandangan berhubung perkara tersebut sebelum Perdana Menteri membawa cadangan itu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan. “Perdana Menteri kena bawa ke Kabinet, biar Kabinet putuskan. Jemaah menteri akan tentukan dan Perdana Menteri akan menasihati Agong untuk membubarkan (Parlimen) atau tidak,” katanya. Beliau yang ditemui di program Cakna Rakyat DUN Tanjung Mas, di sini,…

Read More

Tarikh PRU15, PM kata tunggulah

KUALA  LUMPUR 1 Okt. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob masih berteka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, setakat ini tiada sebarang syarat diletakkan untuk mempercepat pilihan raya. “Tidak ada (syarat)… Di UMNO kita ada ‘top five’, biro politik dan tiada yang berikan syarat. “Kalau kita nak buat pilihan raya ada asas yang kuat untuk dipercepatkan; dan kita setuju secara bersama. “… Cuma tarikh itu, tunggulah. Tunggulah kalau dari tahun lepas boleh tunggu, tahun ini…

Read More

Peluang Pas, UMNO menangi 20 kerusi PH

SEPANG 1 Okt. – Pas dan UMNO berupaya merampas sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan tahun ini sekiranya kedua-dua parti bermuafakat dan berunding. Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata, enam kerusi itu adalah di Kedah, empat masing-masing di Pahang dan Selangor, tiga di Perak dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis. “Dari sudut politik pilihan raya, sekurang-kurang berundinglah pada 20 kerusi yang dimenangi oleh PH sekarang yang dengan undi bersama Pas dan UMNO…

Read More