Dua lagi anggota Parlimen sertai PBM

SHAH ALAM 1 Okt. – Dua lagi anggota Parlimen Xavier Jayakumar (Kuala Langat) dan Santhara Kumar (Segamat) menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menjadikan parti itu kini mempunyai enam orang wakil di Dewan Rakyat.

Presiden Pengganti PBM, Zuraida Kamaruddin, mengesahkan perkara berkenaan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertama PBM di ibu negara, hari ini.

Empat anggota lain adalah  Zuraida (Ampang), Steven Choong (Tebrau), Larry Sng (Julau), semuanya menang atas tiket PKR pada pilihan raya umum lalu dan Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu) atas tiket Warisan.

Zuraida dan Edmund Santhara yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, meninggalkan PKR semasa ‘Langkah Sheraton’ untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2020.

Steven dan Sng pula sebelum ini mengumumkan keluar PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN) dan Mohamaddin pula keluar Warisan tahun lepas menjadi wakil rakyat Bebas sebelum bersama PBM.

Related posts

Leave a Comment