KJ bersedia ke mana sahaja dicalonkan

PUTRAJAYA 31 Okt. – Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaannya untuk dicalonkan di mana-mana kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Beliau memberi reaksi itu ketika ditanya media bahawa namanya dikatakan tidak ada di Negeri Sembilan tetapi terdapat cadangan dinamakan di Sungai Buloh.

“Tak tahulah, saya rasa semua keputusan berkenaan dengan calon pilihan raya ini akan diumumkan tidak lama lagi, biarlah diumumkan pucuk pimpinan

“Saya terima mana-mana kawasan yang diberikan kepada saya,” katanya ringkas dalam sidang media, di sini.

Related posts

Leave a Comment