Muhyiddin kecewa hanya 16 perakuan dilaksana

PUTRAJAYA 27 Sept. – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin Yassin  kecewa apabila hanya 16 atau 22.3 peratus daripada 69 perakuan berkaitan isu utama yang diusulkan majlis itu, dilaksanakan kerajaan. Katanya, 30 daripada 69 perakuan berkenaan masih dalam pelaksanaan, 14 lagi belum dilaksanakan atau tiada maklum balas daripada kementerian atau agensi berkaitan, manakala sembilan lagi masih menunggu keputusan Kabinet. Antara perakuan utama dikemukakan MPN yang prestasi pelaksanaannya tidak memuaskan, termasuk berkaitan isu kekurangan tenaga kerja asing, terutama bagi Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) yang menjejaskan produktiviti dan merencat proses pemulihan…

Read More

351 kes baharu Covid-19 Thailand

BANGKOK 27 Sept. – Thailand merekodkan 351 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam berbanding 319 kes yang dilaporkan semalam dan 655 pada hari sebelumnya, 25 September. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes setakat ini wmeningkat kepada 4,679,022 orang dengan jumlah kematian pula 10 orang yang membawa kepada 32,736 orang meninggal dunia. Sebanyak 801 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih daripada Covid-19 meningkat kepada 4,639,886 orang. Sementara itu sebanyak 6,400 orang mendapatkan rawatan manakala 143,287,515

Read More

Pas tidak akan menjual perjuangan

SEPANG 27 Sept. – Pas tidak akan menjual perjuangannya dengan harga RM90 juta atau pangkat dan kedudukan semata-mata, kata Presidennya, Abdul Hadi Awang. Ketika menafikan sumbangan RM90 juta yang didakwa diterima daripada UMNO sebelum ini, beliau menjelaskan, jika benar dakwaan itu, Pas pasti boleh menguasai negara sepenuhnya. “Dan jika benar, UMNO yang menyogok RM90 juta sangat ‘bodoh’ kerana melakukan perkara yang boleh membunuh diri sendiri, sehingga menjatuhkan kerajaannya di negeri yang tidak kuat Pakatan Harapan (PH) dan UMNO berada dalam keadaan lebih kuat,” katanya. Abdul Hadi berkata, dengan RM90 juta,…

Read More

“Guan Eng tak akan kata saya berjaya”

KUALA LUMPUR 27 Sept. – “Sampai kiamat pun dia (Lim Guan Eng) tak akan kata saya menteri yang berjaya,” . Itulah reaksi Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein yang disenaraikan oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng sebagai antara 10 menteri yang gagal menjalankan tugas. Menurut Hishammuddin, dalam politik, apabila kenyataan seumpama itu dikeluarkan, maknanya orang itu (Guan Eng) bimbang dengan apa yang sudah beliau lakukan sebagai anggota Kabinet. Hishammuddin yang disenaraikan di kedudukan pertama menyifatkan serangan itu sebagai cerminan kerisauan Pengerusi DAP itu terhadap kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri, Ismail…

Read More

Sukma: Tiada cuti peristiwa di Johor

JOHOR BAHRU 27 Sept. – Tiada cuti peristiwa berikutan kejayaan Johor menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung pada 16 hingga 24 September lalu. Unit Korporat dan Kualiti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dalam kenyataan, memaklumkan penularan dakwaan berkaitan cuti itu di media sosial sejak kelmarin adalah palsu dan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab. “Telah tular satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApp menyatakan kerajaan Johor akan memberikan cuti peristiwa pada 29 September atau Khamis ini atas kejayaan kontinjen negeri ini menjuarai Sukma. Pentadbiran ini menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan dan telah tular itu. Pentadbiran…

Read More

Pas akan muktamadkan hala tuju

PUTRAJAYA 27 Sept. – Pas akan membuat keputusan muktamad tentang hala tuju parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) selain kata putus Pas tentang apa sahaja bentuk kerjasama dengan UMNO, kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu itu berkata, beliau telah diberi bayangan oleh pimpinan utama Pas dalam pertemuan mereka malam tadi tentang keputusan tersebut. Muhyiddin berkata, beliau telah diberi bayangan, Pas akan membuat keputusan mengenai apakah hala tuju dalam PN, sama ada ada apa-apa lagi usaha yang nak dibuat dengan UMNO dan sebagainya.…

Read More

Perbincangan dua jam amat bermakna

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau sudah bertemu Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang malam tadi yang dipercayai berkaitan spekulasi bahawa Pas mahu terus bekerjasama dengan UMNO. Muhyiddin melalui perkongsian di Facebook pagi ini, tidak menjelaskan butiran langsung perbincangan itu, namun menyatakan banyak perkara dipersetujui kedua-dua pihak hasil pertemuan itu. “Alhamdulillah. Perbincangan selama dua jam malam tadi yang amat bermakna. Banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional dalam menghadapi PRU-15”,” katanya  ringkas. Pertemuan yang turut disertai beberapa pemimpin kedua-dua parti itu menyusul beberapa kenyataan berkaitan pilihan…

Read More

Henti sebarkan dakwaan kes culik

KOTA BHARU 27 Sept. – Polis Kelantan memohon kerjasama rakyat khususnya warga maya di negeri itu supaya menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menimbulkan ketakutan orang ramai. Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata dakwaan cubaan membawa lari atau menculik kanak-kanak di pekarangan sekolah yang berlegar-legar di laman media sosial sejak kebelakangan ini adalah tidak berasas. Katanya, beberapa posting yang dimuat naik dalam media sosial dan ditularkan mendorong PDRM khususnya kontinjen Kelantan menjalankan siasatan. “Dakwaan yang mengaitkan individu mencurigakan berada di pekarangan sekolah atau tempat tertentu juga disiasat namun…

Read More

PH ‘membeli masa’ lengahkan PRU

KUALA LUMPUR 27 Sept. –  Pakatan Harapan (PH) cuba ‘membeli masa’ untuk melengahkan pilihan raya umum (PRU) diadakan, dengan menggunakan isu banjir sedangkan mereka bimbang dengan sokongan pengundi Melayu. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, kebimbangan sebenar pembangkang adalah apabila pengundi Melayu yang mewakili populasi terbesar negara kurang berminat menyokong gabungan itu. “PH hampir menemui jalan buntu dan tidak mempunyai pilihan selain memerlukan lebih banyak masa. Dengan kata lain, PH cuba ‘membeli masa’ untuk melengahkan PRU diadakan,” katanya. Beliau berkata, tindakan pembangkang yang semakin hangat memainkan isu…

Read More