Kerajaan gagal, MPN juga bertanggungjawab

PUTRAJAYA 20 Sept. – Semua pihak termasuk Muhyiddin Yassin yang berperanan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) turut bertanggungjawab jika kerajaan didakwa gagal dalam menguruskan ekonomi dan negara dengan baik. Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana usaha memastikan pentadbiran dan pengurusan negara serta ekonomi bukanlah digalas beliau secara individu, sebaliknya menjadi tanggungjawab bersama. “Pengurusan ekonomi dijaga oleh Mustapa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed), manakala MPN dipengerusikan Muhyiddin menasihatkan kerajaan dari segi ekonomi. “Ia adalah tanggungjawab bersama, kalau gagal maknanya semua gagal. Semua gagal…

Read More

PM lancar Dasar Tenaga Negara

PUTRAJAYA 19 Sept. – Pelaksanaan Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 di bawah Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022 – 2040, dijangka meningkatkan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM13 bilion setahun. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan aspirasi serta dasar itu juga dijangka mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor yang berkaitan. DTN digubal selepas kerajaan berpandangan perlu ada langkah holistik untuk menangani isu sektor tenaga di dunia yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran, terutamanya permintaan dan kos bekalan tenaga yang meningkat. Kedua-dua cabaran ini akan terus memberi…

Read More

Bosan politik tidak keluar mengundi

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mungkin tidak berminat untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum kali ini disebabkan mereka dikatakan telah bosan dengan situasi politik semasa. Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih malang ialah apabila mereka tidak mengundi tetapi yang akan mengundi ialah golongan yang telah disogok oleh ‘perasuah’. Kesannya, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, parti perasuah akhirnya akan akan menang pada PRU akan datang, seterusnya mendirikan Kerajaan, mengakibatkan kerosakan negara akan berterusan. “Dalam PRN Melaka dan Johor hampir lima puluh peratus pengundi tidak…

Read More

500 ketua negara diundang ke pengebumian

LONDON: Kira-kira 500 ketua negara serta pembesar asing termasuk ratusan kerabat diraja dijangka menghadiri pengebumian Ratu Elizabeth II, menjadikan ia sebagai salah satu perhimpunan diplomatik terbesar dalam beberapa dekad ini. Menurut laporan media, yang dijangka turut hadir dalam istiadat pengebumian negara pertama Britain selama enam dekad itu adalah ahli keluarga ratu, pembesar istana, tokoh masyarakat dan ahli politik United Kingdom (UK). Sebilangan besar kerabat diraja dari Eropah dan yang lain juga sudah mengesahkan kehadiran mereka, termasuk Maharaja Jepun Naruhito dan Maharani Masako. Raja Harald V dari Norway, Putera Albert II…

Read More

KJ : Dulu, kini, selamanya bersama UMNO

SEPANG 19 Sept. – Tetap UMNO. Dulu, kini, selamanya. Itu pendirian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menegaskan masih ahli UMNO dan tetap setia bersama parti itu. Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO itu mengakui tidak gemar membaca berita yang berulang kali muncul, termasuk dakwaan kononnya beliau meninggalkan UMNO. “Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap UMNO. Saya menang KP (Ketua Pemuda UMNO) tapi tak dilantik Kabinet dan dipulau, tetap UMNO. macam-macam penganiayaan politik, tetap UMNO. Saya kalah Presiden dan dipandang…

Read More

Trend penurunan penularan Covid-19

PUTRAJAYA 19 Sept. – Indikator berkaitan penularan Covid-19 di negara ini, terus menunjukkan penurunan berdasarkan rekod sepanjang tempoh Minggu Epidemiologi 37/2022 dari 11 September hingga Sabtu lalu. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kemasukan pesakit ke hospital dalam tempoh itu bagi Kategori Satu dan Dua turun sebanyak 6.7 peratus, manakala tiada perubahan dilaporkan bagi Kategori Tiga hingga Lima. Bagi pengisian katil, untuk bukan kritikal ia menurun satu peratus, manakala masing-masing penurunan dua peratus dicatatkan untuk katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Katil Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah…

Read More

Kes harian Covid-19 naik 1,639

PUTRAJAYA 19 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara mencatatkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 1,639 kes semalam berbanding 1,572 yang dicatat pada hari sebelumnya. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 4,818,890. Bagi tempoh yang sama, sebanyak empat kes kematian dicatat semalam, dan satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan, (BID) dengan jumlah keseluruhan 36,312 telah meninggal dunia. Daripada jumlah kematian itu, 28,594/meninggal dunia di hospital manakala 7,718 adalah kematian BID. Sementara itu, kes aktif Covid-19 dalam negara kini 25,611…

Read More

Pandemik Covid-19 sudah berakhir?

WASHINGTON 19 Sept. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yakin bahawa ‘pandemik sudah berakhir’ tetapi ‘kita masih mempunyai masalah dengan Covid-19. “Kita juga masih melakukan banyak kerja untuk menanganinya, tetapi wabak ini sudah berakhir. Jika anda perasan, tiada siapa yang memakai topeng. “Semua orang nampaknya berada dalam keadaan yang agak baik. Jadi, saya fikir sudah berubah,” kata Biden ketika temu bual Program ’60 Minit’ CBS pada Rabu lalu di luar pameran kereta Detroit, acara yang menarik ribuan pengunjung. Jumlah wabak Covid-19 berkurangan dengan ketara sejak awal penggal pentadbiran Biden…

Read More

Elak sentuh warga asing

BEIJING: Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan sentuhan fizikal dengan warga asing bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan cacar monyet selepas kes pertama dilaporkan di Tanah Besar China pada Jumaat (16 Sep). Ketua Ahli Epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou berkata, langkah itu bagi mencegah kemungkinan jangkitan cacar monyet dan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Wu juga menggesa orang ramai supaya mengelak bersentuhan dengan orang yang berada di luar negara dalam tempoh tiga minggu yang lalu serta semua “orang yang tidak dikenali”. “Adalah perlu dan sangat penting untuk…

Read More