Pandemik Covid-19 sudah berakhir?

WASHINGTON 19 Sept. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yakin bahawa ‘pandemik sudah berakhir’ tetapi ‘kita masih mempunyai masalah dengan Covid-19.

“Kita juga masih melakukan banyak kerja untuk menanganinya, tetapi wabak ini sudah berakhir. Jika anda perasan, tiada siapa yang memakai topeng.

“Semua orang nampaknya berada dalam keadaan yang agak baik. Jadi, saya fikir sudah berubah,” kata Biden ketika temu bual Program ’60 Minit’ CBS pada Rabu lalu di luar pameran kereta Detroit, acara yang menarik ribuan pengunjung.

Jumlah wabak Covid-19 berkurangan dengan ketara sejak awal penggal pentadbiran Biden dengan lebih 3,000 rakyat AS meninggal dunia setiap hari ketika itu.

Pengurangan kes itu susulan daripada penjagaan yang dipertingkatkan, ubat-ubatan dan vaksinasi yang dijalankan secara lebih meluas.

Bagaimanapun, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, hampir 400 orang meninggal dunia setiap hari akibat Covid-19 di negara berkenaan.

Biden menghabiskan lebih dua minggu kuarantin di Rumah Putih selepas dijangkiti virus terbabit, bermula bulan Julai lalu. Isterinya, Jill Biden kemudiannya dijangkiti virus berkenaan pada Ogos.

Biden berkata, kes yang semakin berkurangan itu adalah bukti peningkatan dalam penjagaan kesihatan ketika beliau menjadi presiden.

Presiden negara Uncle Sam itu meminta Kongres untuk membiayai AS$22.4 bilion (RM99.7 bilion) lagi untuk mempersiapkan kemungkinan lonjakan kes berkenaan.

Related posts

Leave a Comment