Elak sentuh warga asing

BEIJING: Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan sentuhan fizikal dengan warga asing bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan cacar monyet selepas kes pertama dilaporkan di Tanah Besar China pada Jumaat (16 Sep).

Ketua Ahli Epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou berkata, langkah itu bagi mencegah kemungkinan jangkitan cacar monyet dan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Wu juga menggesa orang ramai supaya mengelak bersentuhan dengan orang yang berada di luar negara dalam tempoh tiga minggu yang lalu serta semua “orang yang tidak dikenali”.

“Adalah perlu dan sangat penting untuk mengukuhkan pengawasan dan pencegahan epidemik di peringkat sosial,” tulis beliau.

Related posts

Leave a Comment