Peluang BN tawan semula Penang

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Semangat yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang membuktikan gabungan politik itu bersedia menawan semula hati rakyat, di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata semangat itu diperlihat semasa pertemuan dengan anggota BN Pulau Pinang malam semalam, bagi merapatkan lagi silaturahim bersama pemimpin dan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). “Lautan biru BN yang amat besar dengan semangat yang dibawa BN Pulau Pinang malam tadi membuktikan kita telah bersedia untuk menawan semula hati rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam hantaran…

Read More

Agihan kerusi GPS seperti PRU14

KUCHING 13 Sept. – Empat parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) sepakat dalam pembahagian kerusi Parlimen iaitu sama seperti agihan yang dibuat ketika parti berkenaan bersama Barisan Nasional (BN) pada 2018. Pengerusi GPS, Abang Johari Abang Openg, berkata parti komponen iaitu adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). Katanya, GPS kini bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa. “Jentera pilihan raya sudah kami tubuhkan dan pembahagian kerusi juga kami putuskan atas semangat GPS,…

Read More

Sultan zahir ucapan takziah

SHAH ALAM 13 Sept. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat diraja Britain dan seluruh rakyat negara itu atas kemangkatan Ratu Elizabeth II. Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, Ratu Elizabeth II akan sentiasa dikenang dengan penuh penghormatan dan dikasihi sebagai seorang Ratu yang mendedikasi seluruh kehidupannya untuk rakyat. “Pemerintahan baginda boleh disifatkan sebagai suatu kewajipan, dedikasi dan komitmen kepada negaranya dan negara-negara Komanwel,” demikian catatan melalui Facebook Selangor Royal Office hari ini. Beberapa keping gambar lama yang…

Read More

Raja berperlembagaan yang baik

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Ratu Elizabeth II adalah contoh seorang raja berperlembagaan yang baik. Dr Mahathir berkata kemangkatan baginda bukan sahaja satu kehilangan kepada Britain, malah kepada mereka yang percaya kepada kedaulatan undang-undang. “Saya berasa sedih dengan kemangkatan baginda. Baru dua hari sebelum itu baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri United Kingdom yang baharu…” katanya dalam perkongsian di akaun media sosialnya hari ini. Dr Mahathir turut berkongsi pengalamannya bertemu baginda dalam banyak acara, terutama ketika mesyuarat Komanwel. Menurut Dr. Mahathir, sepanjang beliau…

Read More

Lelaki umrah Ratu Elizabeth ditahan

RIYADH: Pihak berkuasa Masjidilharam menahan seorang lelaki, warga Yaman yang mendakwa dirinya datang ke Makkah untuk menunaikan umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II. Media tempatan, yang memetik satu kenyataan, melaporkan lelaki itu dilihat dalam video membawa satu kain rentang dalam Masjidilharam, yang melanggar peraturan umrah. Semalam, lelaki warga Yaman itu memuat naik satu video di media sosial memaparkan dirinya di dalam Masjidilharam di Makkah, lokasi paling suci bagi umat Islam, yang menjadi kawasan larangan bagi individu bukan Islam. Melalui video berkenaan, lelaki itu kelihatan memegang kain rentang tertulis ‘Umrah…

Read More

Vaksin Covid-19 varian baharu

PUTRAJAYA 13 Sept. –  Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat perolehan bagi vaksin Covid-19 varian baharu, khusus untuk kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik serta warga emas, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata vaksin versi baharu itu tidak diberikan kepada semua berikutan situasi Covid-19 di negara ini ini yang dalam keadaan stabil. “Kita tidak akan membuat kempen secara besar-besaran seperti sebelum ini untuk pengambilan vaksinasi kerana kita dapati, golongan muda ini apabila dijangkiti Covid-19, gejalanya tidak teruk dan berkurangan apabila menerima dos tambahan. “Vaksin ini kita fokuskan kepada golongan berisiko tinggi. Apabila…

Read More

Penurunan kes harian di Thailand

BANGKOK 13 Sept. – Thailand terus merekodkan penurunan kes harian Covid-19 apabila mencatatkan 619 berbanding 698 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,668,863 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 616 dalam kalangan orang awam dan tiga melibatkan banduan. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kematian juga menunjukkan penurunan iaitu 10 orang berbanding 15 yang dicatatkan semalam yang membawa kepada 32,564 orang meninggal dunia. Dalam tempoh yang sama, jumlah pesakit yang dilaporkan sembuh meningkat kepada 4,626,034 orang termasuk 1,827 kes pulih hari ini. Sementara itu, sebanyak 10,265 mendapatkan rawatan perubatan kes…

Read More

Tiada lagi saman pelitup muka

BAGAN SERAI 13 Sept. – Kerajaan tidak akan mengeluarkan saman terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam yang kini dijadikan pilihan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali. Beliau berkata, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan juga kini adalah atas pilihan individu, seiring pengumuman dan penguatkuasaannya minggu lalu. “Kerajaan tidak lagi akan keluarkan saman di bawah Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Jadi, kita perlu menjaga diri sendiri dan mengamalkan norma baharu, termasuk memakai pelitup muka jika mempunyai gejala Covid-19 dan…

Read More

Bersihkan bukan setakat musang, tikus

MEMANG eloklah Barisan Nasional (BN) mengambil langkah melakukan pembersihan ‘musuh dalaman’ gabungan itu dan juga UMNO. Cuma adakah masanya sesuai ketika desakan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15? Pembersihan pasti akan mengambil masa dan dalam proses itu akan ada yang terasa diri mereka dikhianati dan sebagainya sehingga menimbulkan bibit perpecahan. Kesannya amat besar kepada parti. Apa pun, seperti kata Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, sesuatu mesti dilakukan untuk melakukan pembersihan dari dalam. Maknanya banyak ‘kekotoran’ yang perlu dibersihkan. “Kita tidak mahu ada musang dalam reban ayam. Musang perlu…

Read More

Kes harian Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 13 Sept. – Jangkitan kes baharu Covid-19 semalam menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 1,847 kes termasuk tujuh kes import berbanding 1,483 yang direkodkan pada hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,806,954 kes sejak pandemik melanda negara. Menurut data KKM di laman COVIDNOW, sebanyak lima kes kematian dicatat semalam dan satu kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,285 orang meninggal dunia. Kes aktif Covid-19 dalam negara kini 26,033 di mana 95.1 peratus atau 24,752 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. Sebanyak 1,204 kes dirawat…

Read More