Penurunan kes harian di Thailand

BANGKOK 13 Sept. – Thailand terus merekodkan penurunan kes harian Covid-19 apabila mencatatkan 619 berbanding 698 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,668,863 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 616 dalam kalangan orang awam dan tiga melibatkan banduan.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kematian juga menunjukkan penurunan iaitu 10 orang berbanding 15 yang dicatatkan semalam yang membawa kepada 32,564 orang meninggal dunia.

Dalam tempoh yang sama, jumlah pesakit yang dilaporkan sembuh meningkat kepada 4,626,034 orang termasuk 1,827 kes pulih hari ini.

Sementara itu, sebanyak 10,265 mendapatkan rawatan perubatan kes Covid-19 berbanding 11,483 pada hari sebelumnya termasuk 6,201 di hospital termasuk 338 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment