Kes harian Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 13 Sept. – Jangkitan kes baharu Covid-19 semalam menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 1,847 kes termasuk tujuh kes import berbanding 1,483 yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,806,954 kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di laman COVIDNOW, sebanyak lima kes kematian dicatat semalam dan satu kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,285 orang meninggal dunia.

Kes aktif Covid-19 dalam negara kini 26,033 di mana 95.1 peratus atau 24,752 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 1,204 kes dirawat di hospital dengan 67 kini ditempatkan di wad ICU di mana 45 daripadanya  memerlukan alat bantuan pernafasan sementara 10 lagi di PKRC.

Negara juga mencatatkan 2,148 kes pesakit sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 4,744,636.

Related posts

Leave a Comment