Peluang BN tawan semula Penang

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Semangat yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang membuktikan gabungan politik itu bersedia menawan semula hati rakyat, di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata semangat itu diperlihat semasa pertemuan dengan anggota BN Pulau Pinang malam semalam, bagi merapatkan lagi silaturahim bersama pemimpin dan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Lautan biru BN yang amat besar dengan semangat yang dibawa BN Pulau Pinang malam tadi membuktikan kita telah bersedia untuk menawan semula hati rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, golongan muda akan sentiasa menjadi keutamaan kepada BN, justeru parti perlu mempertingkat gerak kerja bagi memahami masalah dihadapi golongan berkenaan yang kini menjadi pengundi seawal usia 18 tahun

“Saya ingin tegaskan bahawa kita perlu bersatu padu dan saling membantu di antara parti komponen kerana nawaitu kita untuk memenangkan calon Barisan Nasional pada PRU yang bakal tiba,” katanya.

Related posts

Leave a Comment