Belum bincang dengan “Top five”

BERA 12 Sept. – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob belum berbincang dengan ‘Top Five’ UMNO berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Naib Presiden UMNO itu berkata, selepas berbincang dengan ‘Top Five’, barulah beliau akan berbincang dengan parti MCA dan MIC serta parti komponen Barisan Nasional (BN) ‘Top Five’ UMNO merujuk kepada Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Mohamed Khaled Nordin,  Mahdzir Khalid dan perdana menteri sendiri. Menurut Ismail Sabri , selepas berbincang dengan ‘Top Five’, barulah beliau akan berbincang dengan parti…

Read More

Dimensia : Pak Lah tidak ingat nama

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali Pak Lah menghidap demensia, tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, ramai orang tertanya-tanya keberadaan bapa mentuanya itu yang sudah lama tidak kelihatan di tempat umum. “Saya ingin berkongsi satu perkara peribadi yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini yang Pak Lah menghidap demensia. “Beliau mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak pada 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri. Beliau kini terpaksa duduk atas kerusi roda,…

Read More

Jawatankuasa kaji kos pesakit demensia

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mengkaji peningkatan penjagaan sosial di peringkat komuniti dapat dilakukan termasuk bagi penghidap demensia. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia termasuk mengkaji bagaimana peranan penjagaan komuniti dapat dipertingkatkan melalui peruntukan tambahan bagi membantu keluarga yang tidak mampu menggajikan jururawat untuk bersama ahli keluarga yang menghidap demensia. “Kita tahu semakin ramai yang didiagnos dengan penyakit terutama demensia. Demensia ini adalah sesuatu yang menyebabkan kemerosotan kepada fungsi kognitif dan akhirnya mereka tidak boleh…

Read More

Makkal Sakti tuntut kerusi PRU-15

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Makkal Sakti parti rakan Barisan Nasional (BN) atau ‘Friends Of BN’ menuntut BN memberi peluang kepada parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Presidennya,  R S Thanenthiran berkata, Makkal Sakti mempunyai calon yang menepati ciri yang ditekankan Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam memilih calon pilihan raya. “Kami ada calon orang muda dalam kalangan kumpulan profesional yang menepati ciri ‘wali’ iaitu ‘winnable’ (boleh menang), ‘acceptable’ (diterima) dan ‘likeable’, (disukai),” katanya pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-14 parti itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala…

Read More

1,971 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 11 Sept. –  Kementerian Kesihatan (KKM) semalam merekodkan 1,971 kes positif baharu Covid-19, termasuk tujuh kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,803,624 kes. Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 2,389 kes sembuh dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan sejumlah 4,740,398 kes pulih daripada jangkitan Covid-19 di negara ini. Ketika ini , sebanyak 26,949 kes masih lagi aktif dengan 25,648 atau 95.2 peratus menjalani kuarantin di rumah, 1,224 (4.5 peratus) kes dirawat di hospital dan lapan pesakit kini berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). Sebanyak 69…

Read More

Majlis persemadian 19 September

LONDON: Majlis persemadian negara untuk mendiang Ratu Elizabeth II akan berlangsung pada 19 September ini. Keranda mendiang Ratu yang diperbuat daripada kayu oak dan dilitupi bendera ‘Royal Standard’ Scotland bersama kalungan bunga di atasnya, ditempatkan dalam dewan di Istana Balmoral. Ia akan dibawa ke ibu kota Scotland, Edinburgh, hari ini, dengan melalui beberapa kawasan meliputi perkampungan tanah tinggi terpencil membabitkan perjalanan selama kira-kira enam jam yang membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir. Keranda itu kemudian akan diterbangkan ke London, Selasa depan, dan ditempatkan di Istana Buckingham sebelum dibawa ke Westminster…

Read More