KUALA LUMPUR 11 Sept. – Makkal Sakti parti rakan Barisan Nasional (BN) atau ‘Friends Of BN’ menuntut BN memberi peluang kepada parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Presidennya, R S Thanenthiran berkata, Makkal Sakti mempunyai calon yang menepati ciri yang ditekankan Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam memilih calon pilihan raya.
“Kami ada calon orang muda dalam kalangan kumpulan profesional yang menepati ciri ‘wali’ iaitu ‘winnable’ (boleh menang), ‘acceptable’ (diterima) dan ‘likeable’, (disukai),” katanya pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-14 parti itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Perhimpunan itu dirasmikan Ahmad Zahid.
Pada majlis sama, Makkal Sakti memberikan penghormatan dan soladariti kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
Hadir sama, dua anak Najib, Mohd Nizar dan Nooryana Najwa yang turut diberikan peluang menyampaikan ucapan.
Thanenthiran menegaskan Makkal Sakti adalah parti rakan BN atau ‘Friends Of BN’ yang tetap setia dan terus bersama ketika susah dan senang.
Katanya, mereka tetap menyokong BN di saat parti komponen meninggalkan gabungan itu selepas BN tewas pada PRU-14.
“Kita tetap berdiri di belakang BN walaupun sehingga kini permohonan kita menjadi parti komponen masih belum diluluskan. Kami berjanji akan terus bersama-sama ketika susah dan senang dan kita tidak akan menjadi ‘katak’ politik,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, satu masa dulu pernah dijanjikan untuk diberikan kerusi Parlimen malah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor juga ada perbincangan mengenai pemberian kerusi.
Beliau menegaskan Makkal Sakti mempunyai ahli akar umbi yang kuat dan sentiasa menyokong serta turun padang membantu jentera pilihan raya pada mana-mana Pilihan Raya Kecil (PKR) dan PRN