Iran sedia lebih agresif hadapi AS

TEHRAN – Strategi Iran yang selama ini bertindak secara defensif dalam konflik dengan Amerika Syarikat (AS) boleh berubah mengikut perkembangan semasa, kata Ketua biro politik Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Brigedier Jeneral Yadollah Javani.

Justeru Iran memberi bayangan bahawa ia bersedia mengambil pendekatan lebih agresif dalam konflik dengan AS apabila memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara yang dimeterai pada Jun lalu tamat tempoh.

Bercakap kepada televisyen negara, beliau berkata, musuh yang memulakan perang dan Iran yang sebelum ini bersifat mempertahankan diri, boleh mengambil dimensi yang lebih ofensif.

Malahan Javani turut memberi amaran bahawa pihak lawan perlu bersedia menghadapi kejutan strategik.

Dalam pada itu, ketika Presiden Donald Trump mengulangi dakwaan bahawa Iran telah ditewaskan dalam konflik berkenaan dan mendakwa Selat Hormuz akan “menjadi wilayah AS tidak lama lagi”, Ketua Tentera Iran, Amir Hatami memberi amaran bahawa tenteranya bersedia menghadapi sebarang operasi darat AS.

Pasukan Iran tegasnya mempunyai keupayaan untuk menyerang pihak yang dianggap sebagai penceroboh.

Nnn

Related posts

Leave a Comment