1,971 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 11 Sept. –  Kementerian Kesihatan (KKM) semalam merekodkan 1,971 kes positif baharu Covid-19, termasuk tujuh kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,803,624 kes.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 2,389 kes sembuh dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan sejumlah 4,740,398 kes pulih daripada jangkitan Covid-19 di negara ini.

Ketika ini , sebanyak 26,949 kes masih lagi aktif dengan 25,648 atau 95.2 peratus menjalani kuarantin di rumah, 1,224 (4.5 peratus) kes dirawat di hospital dan lapan pesakit kini berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 69 pesakit menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 49 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan wad ICU di seluruh negara kini berada pada paras 58.0 peratus dengan 18.8 peratus menempatkan pesakit Covid-19.

Tiga kematian juga direkodkan semalam, masing-masing satu kematian dilaporkan Melaka, Pahang dan Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan 36,277 kes.

Related posts

Leave a Comment