1,990 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 10 Sept. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam, Jumaat menunjukkan sedikit penurunan kepada 1,990 kes termasuk dua kes import berbanding 2,226  kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4.801 juta kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak empat kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,274.

Kes aktif Covid-19 dalam negara kini 27,370 dan 95 peratus atau 26,007 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 1,287 dirawat di hospital dengan 67 kini ditempatkan di wad ICU, 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa yang sama sebanyak 2,016 kes sembuh direkodkan.

Sementara itu, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 500 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 454, Sabah 183 dan Perak 177.

Sarawak pula mencatatkan 89 kes diikuti Johor 88, Negeri Sembilan 87, Pulau Pinang 85, Kedah 82, Melaka 68, Kelantan 66, Pahang 46, Wilayah Persekutuan Putrajaya 32, Terengganu 18, Perlis 8 dan Wilayah Persekutuan Labuan 7.

Related posts

Leave a Comment