Tiga MP, dua ADUN sertai PBM?

JOHOR BAHRU 10 Sept. –  Tiga lagi Ahli Parlimen (MP) dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) didakwa akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Mendedahkan demikian, Presiden Pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata penyertaan mereka nanti akan menjadikan tujuh kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN disandang parti itu yang akan dipertahankan pada PRU akan datang. “Insya-Allah, saya sudah katakan PBM akan bertanding tujuh kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN, semuanya melibatkan calon ‘incumbent’ (penyandang). Insya-Allah kita sasar tujuh kerusi Parlimen dan tujuh DUN,” katanya.…

Read More

PN tubuh jawatankuasa manifesto

LABUAN 1O Sept. –  Perikatan Nasional (PN) menubuhkan satu jawatankuasa manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang memberi fokus kepada kestabilan politik dan ekonomi negara. Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin, berkata kandungan manifesto itu adalah inklusif untuk semua kaum. “Perikatan Nasional telah menubuhkan jawatankuasa manifesto yang dipengerusikan Datuk Dr Radzi Jidin dan dianggotai oleh wakil-wakil parti komponen Perikatan Nasional. “Manifesto ini memberi fokus bukan sahaja kepada kestabilan politik, tetapi juga kepada pembangunan ekonomi dengan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas…

Read More

Raja Charles III ditabal Raja Britain

LONDON: Dalam upacara penuh adat istiadat, Raja Charles III secara rasmi ditabalkan sebagai Raja baharu Britain oleh Majlis Pemasyhuran hari ini Majlis berkenaan, acara yang pertama kali disiarkan di televisyen, memaparkan acara rasmi sejak berkurun lamanya bagi mengiktiraf kedaulatan Raja baharu walau baginda secara automatik menggantikan mendiang ratu Elizabeth. Raja Charles, 73, yang secara rasmi dinobatkan sebagai Raja baharu, bertitah baginda ‘amat menyedari tanggungjawab dan peranan yang dipikulnya sebagai Raja’. Ratusan orang kenamaan termasuk perdana Menteri, Liz Truss dan semua kerabat diraja termasuk Permaisuri Camilla dan putera sulung yang juga…

Read More

Rokok: KJ harap sokongan Sabah

KOTA KINABALU 10 Sept. – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berharap, Sabah akan turut menyokong akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2007. Khairy, yang akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam sidang Parlimen akan datang berkata, langkah itu sebagai usaha memastikan generasi muda tidak terjebak dengan tabiat merokok. “Semasa pembentangan pindaan RUU berkenaan, saya berharap semua Ahli Parlimen daripada Sabah menyokong kerana ini untuk kebaikan masa depan negara kita. “Penyebab…

Read More

Kes bunuh diri meningkat 81 peratus

PUTRAJAYA 10 Sept. – Rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes bunuh diri di negara ini meningkat 81 peratus dengan 1,142 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 631 kes pada 2020. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 467 kes bunuh diri direkodkan. Justeru, menurut Khairy, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus komited mendidik dan melatih masyarakat berhubung masalah kesihatan mental, pencegahan tingkah laku bunuh diri serta menghapuskan stigma terhadap tingkah laku itu. “Dengan usaha itu, kita berharap individu yang terkesan akan mendapat bantuan dan sokongan, seterusnya…

Read More

Mengurus kewangan semasa pandemik

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Pandemik Covid-19 perlu dijadikan peringatan kepada kerajaan untuk terus menguruskan kewangan awam secara bertanggungjawab, titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda bertitah, memiliki kredibiliti fiskal dan ruang adalah penting untuk membolehkan negara bertindak pantas dalam krisis terutamanya bagi melindungi kehidupan dan mata pencarian rakyat, serta menjaga ekonomi daripada runtuh. Justeru, titah Al-Sultan Abdullah lagi, pengurusan ekonomi yang berhemah merupakan satu keperluan strategik untuk memastikan ekonomi kekal pada tahap yang baik, dan mampu menahan sebarang kejutan. Kita semua harus menyokong mengutamakan perbelanjaan untuk membantu rakyat;…

Read More

Tidak perlu pelitup muka di sekolah

SHAH ALAM 10 Sept. – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka sama ada di dalam atau luar bangunan kawasan sekolah, kata Menteri Kanan Pendidikan, Mohd Radzi Jidin. Beliau berkata, pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing susulan pengumuman ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu. “Ingin saya jelaskan bahawa pemakaian penutup muka dalam atau luar bangunan di kawasan sekolah adalah mengikut pilihan masing-masing. Tidak diwajibkan. Namun begitu, kita amat galakkan pemakaian penutup muka dalam kawasan sekolah khususnya di tempat-tempat yang…

Read More

Tok Mat belum tahu di kerusi mana

SEREMBAN 10 Sept. – Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan menjelaskan beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung kerusi Parlimen mana yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Saya tak pernah cakap pun nak bertanding di mana-mana. Saya cakap dah sampai masanya untuk saya bertanding di peringkat Parlimen. Di Parlimen mana suka hati sayalah, saya Timbalan Presiden, boleh bertanding di mana-mana saya mahu. “Saya tidak cakap (bertanding di Rembau), orang nak cakap ikutlah. It is not my concerned,” katanya selepas selesai merasmikan Mini Ekspo Keselamatan dan Kesihatan sempena sambutan Hari…

Read More

Elaun Sara Hidup pelajar Mara naik

BANGI 10 Sept. – Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar sedia ada dan baharu di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara), yang sedang mengikuti pengajian dalam dan luar negara, akan diselaras mengikut peningkatan kos, inflasi, dan keperluan pelajar. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar sedia ada telah diguna pakai sejak lebih 13 tahun dan terdapat keperluan untuk disemak semula susulan peningkatan kos sara hidup sejak 10 tahun lalu dan diburukkan lagi oleh pandemik dan isu-isu lain yang melanda dunia. Pelaksanaan kadar ESH baharu bagi pelajar dalam negara dinaikkan minimum RM650 sehingga…

Read More

Sultan Brunei kini paling lama di takhta

LONDON: Selepas kemangkatan Ratu Britain, Ratu Elizabeth II pada Khamis lalu, Sultan Hassanal Bolkiah kini menjadi raja paling lama berkhidmat di dunia iaitu selama 54 tahun dan 339 hari sehingga Jumaat lalu. Sultan Hassanal Bolkiah, 76 yang menaiki takhta pada tahun 1967 mengatasi lebih empat tahun lebih lama daripada Ratu Margrethe II dari Denmark. Ratu itu kini menduduki tempat kedua sebagai pemerintah diraja masih hidup yang paling lama memerintah. Sebelum ini, Ratu Elizabeth II menjadi Ketua Negara yang paling lama berkhidmat di dunia dan majlis meraikannya diadakan baru-baru ini sempena ulang…

Read More