Pelbagaikan potensi halal di pasaran

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menggesa syarikat di negara ini untuk mempelbagaikan potensi halal dengan mencari keunikan sendiri termasuk pasaran yang belum diterokai. Menurutnya, ini kerana ia merupakan sebahagian usaha membangunkan pembangunan dan inovasi industri halal. Katanya, keperluan itu perlu dipertimbang meliputi mengubahsuai usaha penjenamaan dan promosi dalam mengakses pasaran baharu. Beliau berkata, halal sesuai untuk semua pengguna tanpa mengira bangsa dan agama kerana ia berkait rapat dengan jaminan kualiti, pemuliharaan persekitaran, integriti dan ketelusan data serta amalan perniagaan yang lestari. “Halal tidak tertakluk kepada…

Read More

Beri perhatian bincang 27 kerusi kritikal

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Cadangan supaya perbincangan dijalankan di antara UMNO dan Pas mengenai 27 kerusi kritikal menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diberi perhatian, kata Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob. Jelas Perdana Menteri, cadangan terbabit perlu dikaji secara rasmi oleh UMNO dan sebarang keputusan hanya akan dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sekiranya mereka bersetuju. Cadangan itu perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku pertembungan di dalam kerusi kritikal, kalau berlaku pertembungan mungkin boleh memenangkan parti pembangkang. “Pakatan Harapan (PH) akan dapat kelebihan jika ada pertembungan…

Read More

Runding dalam ‘terang, bukan gelap’

KUALA LUMPUR 8 Sept. –  Sebarang perbincangan mahupun rundingan di antara parti politik dan UMNO, perlu dilakukan secara terang-terangan dan bukannya ‘dalam gelap’, kata Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sekiranya perbincangan atau rundingan itu dilakukan secara individu, maka ianya bukan dianggap rasmi buat UMNO. Beliau yang juga Perdana Menteri mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin yang berkata berlaku perbincangan di antara dua parti itu baru-baru ini. “Kalau dalam (rundingan) gelap tak tahulah kita, kalau rundingan mestilah secara terang dan setiap rundingan pun perlu diputuskan oleh…

Read More

Hina UMNO bagi tutup kegagalan Dr Mahathir

SEPANG 8 Sept. – Kenyataan  terbaru Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memberi pelbagai label buruk dan penghinaan kepada UMNO menunjukkan bahawa bekas Presiden parti itu terus dihantui UMNO pada setiap saat dan ketika. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Dr. Mahathir  sebenarnya tidak pernah ‘move on’ daripada UMNO. “Tindakan melabelkan UMNO dengan pelbagai gelaran dan penghinaan sebenarnya dilakukan dengan satu motif yang jelas iaitu menutup kegagalan ketara beliau dalam mewujudkan alternatif kepada UMNO,” katanya melalui Facebooknya hari ini. Menurut Khaled, eksperimen Dr. Mahathir dengan menubuhkan PPBM (…

Read More

Siasatan buku lejar UKSB hampir selesai

PUTRAJAYA 8 Sept. –  Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan individu dinamakan dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), dijangka selesai dalam tempoh terdekat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pihaknya sudah memanggil hampir semua individu dinamakan dalam lejar terbabit, setakat ini. “Saya menjangkakan dalam tempoh terdekat, kertas siasatan akan disiapkan oleh pegawai saya. “Saya tidak tahu bila (kertas siasatan akan dilengkapkan) tetapi dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media selepas Konvokesyen Program Pentauliahan Penguatkuasaan Undang-undang SPRM pertama bagi 2022, di sini, hari ini. Buku lejar UKSB adalah…

Read More

Program didik masyarakat benci rasuah

PUTRAJAYA 8 Sept. – Dalam usaha mendidik masyarakat membenci amalan rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini membangunkan satu lagi program pengajian berakreditasi bertaraf sijil tahap tiga. Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki berkata, Sijil Penguatkuasaan Undang-undang Asas (Certificate In Basic Law Enforcement) akan dibuka dan ditawarkan kepada semua agensi penguatkuasaan bagi mengikuti latihan asas. Program pengajian ini dibangunkan bersama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang akan membabitkan jumlah jam kredit minimum 60 jam kredit atau bersamaan 2,400 jam pembelajaran. Tempoh pembelajaran ini adalah selama tiga bulan secara bersemuka di MACA dan secara…

Read More

LCS : SPRM perlu siasatan menyeluruh

PUTRAJAYA : Siasatan membabitkan projek pembinaan enam buah kapal tempur pesisir (LCS) yang mencetus kontroversi masih lagi giat dijalankan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Beliau berkata siasatan menyeluruh yang dilakukan SPRM perlu lebih teliti dan tidak hanya tertumpu kepada perkara membabitkan tadbir urus semata-mata, dan ini memerlukan masa untuk melengkapkannya. Mungkin banyak pihak yang mengemukakan isu-isu kepada pihak media tentang isu tadbir urus, itu mungkin diambil daripada laporan audit forensik. “Saya ingin membawa semua memahami bahawa perkara berkaitan dengan tadbir urus dan jenayah…

Read More

Kertas siasatan Nazlan kembali ke SPRM

PUTRAJAYA 8 Sept. – Kertas siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kini berada di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) meminta siasatan lanjut dilakukan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata kertas siasatan itu pernah dihantar kepada AGC sebelum ini, sebelum ia dipulangkan untuk siasatan lanjut. “Mungkin jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Peguam Negara adalah ringkas. Mungkin bermaksud tidak ada lagi di tangan beliau. “Namun, sebenarnya kertas siasatan sudah dikemukakan kepada beliau dan diberi kepada kita balik dan (dihantar) kepada beliau balik…

Read More

Nasihat MMA kekalkan pelitup muka

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Kekalkan pemakaian pelitup muka. Itu saranan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) kepada orang ramai berikutan keputusan kerajaan melonggarkan peraturan mengenainya semalam. Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai, berkata pemakaian pelitup muka mampu menghalang penularan jangkitan sebaran udara, selain Covid-19. Katanya, ketika negara berdepan jumlah kes jangkitan influenza yang tinggi, penggunaann pelitup muka akan membantu mengawal penularan penyakit bawaan udara termasuk influenza. “Kita masih perlu kekal berwaspada dan sentiasa menyediakan pelitup muka ketika memerlukan. Saya yakin rakyat kita cukup matang untuk memahami tanggungjawab sosial selepas berperang dengan…

Read More