LCS : SPRM perlu siasatan menyeluruh

PUTRAJAYA : Siasatan membabitkan projek pembinaan enam buah kapal tempur pesisir (LCS) yang mencetus kontroversi masih lagi giat dijalankan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata siasatan menyeluruh yang dilakukan SPRM perlu lebih teliti dan tidak hanya tertumpu kepada perkara membabitkan tadbir urus semata-mata, dan ini memerlukan masa untuk melengkapkannya.

Mungkin banyak pihak yang mengemukakan isu-isu kepada pihak media tentang isu tadbir urus, itu mungkin diambil daripada laporan audit forensik.

“Saya ingin membawa semua memahami bahawa perkara berkaitan dengan tadbir urus dan jenayah adalah dua perkara yang berbeza.

“Atas sebab itu bila ada pihak mengemukakan isu di pihak media berkaitan tadbir urus mungkin diambil daripada laporan audit.

“Namun, pihak kami bukan menyiasat perkara itu saja sebaliknya membuat siasatan lanjut untuk melihat unsur jenayah yang dilakukan oleh mana-mana pihak,” katanya..

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen 1st MACC Law Enforcement Accredited Programme Convocation 2022 di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Azam berkata, lebih banyak saksi yang perlu dipanggil ketika ini termasuk dari luar negara.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada SPRM akan turut memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff yang namanya diheret dalam skandal LSC untuk disiasat.

“Saya tak nak komen mengenainya kerana kita masih lagi menyiasat dan kita harus menyelidiki tentang perkara itu,” jelas beliau.

Related posts

Leave a Comment