Barisan kepemimpinan baharu Warisan

KOTA KINABALU 29 Ogos – Presiden Parti Warisan (Warisan), Mohd Shafie Apdal, hari ini, mengumumkan barisan kepimpinan parti untuk penggal 2021 hingga 2024 setelah Perhimpunan Agung Tahun Warisan 2021 dan pemilihan selesai dilaksanakan semalam. Mohd Shafie, menerusi kenyataan, berkata beliau yakin barisan kepimpinan itu sudah bersedia dan akan sentiasa turun padang untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Barisan kepimpinan itu menyaksikan Mohd Shafie mempertahankan jawatan Presiden selepas menang tanpa bertanding dan jawatan Timbalan, Presiden, dan tiga Naib Presiden juga menang tanpa bertanding. Ahli…

Read More

Bukit Aman siasat Hadi Awang

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, susulan kenyataan beliau yang didakwa berbaur perkauman berkaitan isu rasuah, baru-baru ini. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A Skandaguru, berkata Abdul Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman untuk direkodkan keterangan. Beliau berkata, ia susulan siasatan dijalankan pihaknya berhubung 28 laporan polis yang diterima terhadap Ahli Parlimen Marang itu setakat ini. Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan…

Read More

Gerakan pilih Rasah, tujuh DUN

SEREMBAN 28 Ogos – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berhasrat untuk bertanding satu kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Presidennya, Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata kerusi Parlimen itu ialah Rasah, manakala DUN pula membabitkan Temiang, Bahau, Bukit Kepayang, Rahang, Seremban Jaya, Lukut dan Repah. “Kita tahu ada banyak tempat kita boleh bertanding terutamanya kawasan masyarakat Cina tetapi kita ingin fokus kawasan yang boleh menang. Apa yang penting kita akan fokus kepada kualiti dan bukannya kuantiti,” katanya selepas…

Read More

Harga baharu produk Gardenia

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) akan dijual pada harga baharu membabitkan kenaikan antara 10 sen hingga 50 sen bermula 1 September ini. Menurut Pihak Pengurusan Gardenia, perubahan harga itu membabitkan Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3; Gardenia Wholemeal RM3.60 kepada RM4; rangkaian Gardenia Toast’em RM5 kepada RM5.50; Gardenia Twiggies RM1.80 kepada RM2; Gardenia Waffles RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia RM1 kepada RM1.10. Untuk rekod, sebelum ini pada 1 Disember 2021, Gardenia sudah menaikkan harganya membabitkan kenaikan 30 sen…

Read More

PN sedia ‘perang’ tiga penjuru

KAJANG 29 Ogos – Saranan Perikatan Nasional (PN) supaya pembangkang membuka semula pintu rundingan adalah rasional jika mahu memastikan Barisan Nasional (BN) tidak kembali memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Naib Presiden Bersatu, Dr Radzi Jidin, berpandangan semua parti yang memusuhi BN wajar mempertimbangkan pelbagai strategi, khususnya bagi memastikan pendekatan satu lawan satu boleh dilaksanakan, sekali gus meningkatkan peluang menumpaskan BN. “Mesej (Pengerusi PN dan Presiden Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam jelas, bahawa politik ini dinamik dan apa juga boleh berlaku dalam politik. Dalam konteks ini, apa yang…

Read More

UMNO masih belum insaf

KAJANG 28 Ogos – UMNO masih belum insaf walaupun telah dihukum rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Naib Presiden Bersatu, Dr Radzi Jidin. Beliau merujuk kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Azalina Othman yang mempersoalkan mengapa Perdana Menteri tidak menukar Peguam Negara. Katanya, kenyataan Azalina itu juga menunjukkan UMNO kembali menunjukkan belangnya yang sebenar dan sanggup ‘menggigit’ sesiapa saja demi matlamat mereka. “Kalau nak kenal, itulah UMNO. Kita ingatkan UMNO sudah insaf bila kalah PRU-14 dan mendapat peluang (berubah), tapi itulah pendekatan (UMNO). “Itulah hakikatnya bahawa UMNO…

Read More

Semua sudah bersedia, apa seterusnya

SEMALAM, sama ada kebetulan atau tidak,  parti-parti politik berkumpul mengadakan konvensyen atau taklimat. Semuanya bercakap mengenai pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Nampaknya semua parti politik sudah bersedia. Kehangatan PRU15 semakin terasa apabila tarikh pembentangan Bajet 2023 diawalkan pada 7 Oktober berbanding jadual asal 28 Oktober dan khabarnya Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan membentangkannya. Itu petanda PRU akan diadakan pada bila-bila masa dan berdasarkan persediaan parti politik, Ismail Sabri Yaakob boleh sahaja ‘menekan butang PRU’ bila-bila masa tanpa perlu merujuk mana-mana parti politik kerana semuanya sudah bersedia. Jika dulu apabila…

Read More

BN hanya tunggu tarikh PRU15

MASJID TANAH 28 Ogos – Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan hanya menunggu tarikh yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)m kata Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali. Beliau berkata sementara menunggu tarikh berkenaan, BN Melaka menyusun strategi kempen dan jentera pilihan raya bagi memastikan kemenangan calon BN. “Pilihan raya…semua sudah siap, kita tunggu SPR umumkan tarikh,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Karnival Islam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di Masjid al Muhtadi, Kampung Ramuan Cina Besar, di sini, hari ini. Yang di-Pertua…

Read More

“Sudah lama saya rasa tak seronok”

SERDANG 28 Ogos – “Sudah lama saya tak seronok macam hari ini, macam-macam masalah yang timbul, hari ini hilang semua masalah,” kata Ismail Sabri Yaakob semasa menghadiri Majlis Sambutan 60 Tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini. Malah, kata Perdana Menteri, segala masalah ibarat hilang ketika bertemu kira-kira 7,000 warga Kemas yang berhimpun pada majlis berkenaan. “Sebenarnya saya dah lama merindui untuk bersama-sama warga Kemas  seperti suatu ketika dahulu. Agak lama saya bersama warga Kemas, yang saya kira sebagai barisan hadapan kerajaan,”…

Read More

Kenaikan elaun 9,439 anggota Kemas

SERDANG 28 Ogos – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenaikan elaun 9,439 Pembantu Pembangunan Masyarakat Sukarela Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)  yang sebelum ini RM500 kepada RM800. Dalam masa sama, beliau turut mengumumkan kenaikan bantuan kos sara hidup kepada RM500 berbanding RM300 sebelum ini bagi mengenang jasa anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) melibatkan 4,423 orang. “Ini adalah sebagai menghargai jasa, sumbangan dan tenaga anggota Kemas dalam melaksanakan segala usaha untuk meningkatkan kualiti kesejahteraan masyarakat luar bandar,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Perdana sambutan 60 Tahun Kemas, di…

Read More