Azeez hadir mesyuarat MKT UMNO

KUALA LUMPUR 10 Sept.  – Kemunculan bekas Pengerusi Tabung Haji (TH),  Abdul Azeez Rahim pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Khas malam tadi mendapat perhatian rakan-rakan.

Beliau hadir pada mesyuarat khas MKT itu sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Menara Dato Onn, yang dipengerusikan Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi gambar yang dikongsi di Facebook UMNO Online, beliau mendapat perhatian rakan-rakan MKT lain yang dilihat bertanya khabar tentang perkembangan dirinya.

Terdahulu bekas Ahli Parlimen Baling itu direman dua hari bagi membantu siasatan kes berkaitan pemberian hibah institusi itu dan dibebaskan sekitar pukul 3 petang semalam.

Beliau bersama dua bekas pegawai TH direman dua hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada Rabu, Abdul Azeez mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan pengerusi sebuah syarikat dengan gaji RM690,000, 12 tahun lalu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment