Seruan Istito’ah susun semula giliran haji

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Mulai 1 Januari 2029, giliran haji akan disusun semula secara sistematik dan automatik berdasarkan tarikh pendaftaran serta pencapaian baki simpanan minimum RM15,000. Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataannya memaklumkan pendekatan itu juga selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memperkukuh tadbir urus dan memastikan pengurusan giliran haji yang lebih telus, adil, serta mampan. Susulan itu, TH memperkenalkan sistem kelayakan haji baharu yang membolehkan pendeposit secara automatik berada dalam giliran haji sebaik simpanan mereka mencapai baki minimum RM15,000. Sistem itu diperkenalkan menerusi Pelan Persediaan Haji…

Read More

“Guru, dengarlah guru”, tarik perhatian perwakilan

KUALA LUMPUR 11 Sept.  – “Guru, dengarlah guru. Jangan butakan mata, jangan tulikan telinga. Cukup-cukuplah,” kata Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi secara spontan yang menarik perhatian para perwakilan. Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, beliau berkali-kali menitipkan pesanan kepada individu yang hanya dirujuknya sebagai “guru”. Siapakah ‘guru’ yang dimaksudkan itu yang merujuk kepada trend semasa yang tular di media sosial ketika ini. Tanpa menamakan sesiapa, Ahmad Zahid meminta “guru” berkenaan mendengar suara UMNO, Barisan Nasional (BN) dan rakyat. “Guru, cukup-cukuplah guru. Dengarlah suara kami, guru. Dengarlah…

Read More

Ada asas perlu disepakati, ada prasyarat tidak boleh dirundingi

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, persefahaman politik atau ‘Tafahum Siyasi’ yang dibina bersama parti, mempunyai asas-asas yang perlu disepakati bersama dan ada prasyarat yang tidak boleh dirundingi. Presiden UMNO itu berkata, asas yang perlu disepakati adalah mengutamakan persamaan demi maslahah umum, hormati perbezaan ideologi, identiti dan garis sempadan masing-masing dan berpegang kepada prinsip toleransi dan anjal dalam membuat keputusan. Katanya, persefahaman ini bukan hanya kerana mempunyai musuh yang sama sebaliknya akan mewujudkan kestabilan politik negara, merancakkan ekonomi demi kemakmuran, menjamin keadilan kepada semua dan memperkukuhkan…

Read More

Malaysia Biru garis 8 ikhtiar jika BN ke Putrajaya

KUALA LUMPUR 11 Sept . –  Ahmad Zahid Hamidi menggariskan Agenda Malaysia Biru menjelang 100 tahun usia kemerdekaan dengan lapan ikhtiar utama bagi membentuk negara jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali menerajui Putrajaya. Presiden UMNO itu berkata, Agenda Malaysia Biru membawa maksud Malaysia berdaulat dan bersatu, mewujudkan negara berpendapatan tinggi, makmur, saksama dan disegani di seluruh dunia. “Dengan agenda Malaysia baharu ini, kita mahu mencipta kekayaan negara, membina semula modal insan, menjaga kesejahteraan, menghadapi krisis, memelihara rakyat, membina kepercayaan dan mempertahan kepentingan nasional,” katanya. Ketika berucap menyampaikan Ucapan Dasar…

Read More

Najib: UMNO bersedih, harap keputusan terbaik

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih atas penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata pihaknya mengharapkan yang terbaik dapat diberikan kepada Najib. “Bagaimanapun, kami tetap menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim). Kami merayu supaya gunakan seluruh kebijaksanaan dan daulat Tuanku untuk membuat keputusan terbaik. “Kami tetap mendukung institusi Raja dan mengharapkan yang terbaik akan diberikan kepada Datuk Seri Najib,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan…

Read More

3,251,456 ahli, Rumah Bangsa 45,808

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Setakat 31 Ogos lalu, jumlah keahlian UMNO mencecah 3,251,456 orang dengan melibatkan 21,484 UMNO cawangan dan 191 UMNO bahagian di seluruh negara. Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mengikut pencahan, jumlah keahlian biasa adalah seramai 1,195,265 orang di mana keahlian Pergerakan Wanita 1,412,052 orang, Pemuda 418,063 dan Puteri 226,076 orang. Berucap pada pembukaan persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2026, beliau memaklumkan lima negeri yang mencatatkan rekod pertambahan ahli baru tertinggi ialah Johor diikuti Pahang, Selangor, Perak dan Sabah. Katanya, sejak konsep Rumah Bangsa digagaskan…

Read More

“Lagi ditekan, lagi kuat melawan,”

KUALA LUMPUR 11 Sept . – – Penyatuan ummah antara UMNO dan Pas semakin dicemburui dan mendapat tekanan daripada pihak lawan, sehingga terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi, kata Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata, pelbagai bentuk intimidasi, fitnah dan tuduhan jahat telah direka semata-mata dengan tujuan menakutkan, mengaibkan, mencalar reputasi, dan menguji kecekalan hati pemimpin UMNO. “Apa yang berlaku mutakhir ini mengingatkan kita betapa manusia yang hanyut dengan kekuasaan sementara sehingga hilang pertimbangan. (Mereka) rakus menyalahgunakan sisa-sisa jawatan, menganiaya rakan yang sebelum ini mengangkat mereka ke…

Read More

Pimpinan Pas hadir PAU 2026

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Naib Presiden Pas,  Idris Ahmad mengetuai pemimpin parti itu hadir pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. Turut serta Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Bachok merangkap Setiausaha Politik Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman. Kehadiran pemimpin itu dilihat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua parti Melayu terbesar negara itu selepas berjaya mengharungi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) di Johor dan Negeri Sembilan. Kehadiran mereka juga jelas…

Read More

25 maut kebakaran kapal kargo

BEIJING – Presiden China, Xi Jinping, mengarahkan usaha mencari dan menyelamat dipertingkatkan susulan kebakaran yang berlaku di atas sebuah kapal kargo asing yang sedang menjalani kerja pembaikan di limbungan kapal milik kerajaan di Qingdao, timur China, semalam.. Jinping meminta siasatan segera dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan menentukan pihak yang bertanggungjawab. Dilaporkan 25 orang maut dalam kebakaran yang tercetus kira-kira 11.15 pagi waktu tempatan di limbungan kapal Qingdao Beihai ketika kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan sedang dijalankan. Daripada 42 individu yang berada di atas kapal ketika kejadian, 12 dipindahkan dengan…

Read More