Thailand catat 1,902 kes baharu

BANGKOK 20 Ogos – Thailand merekodkan 1,902 kes baharu Covid-19, kesemuanya kes tempatan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,632,212. Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 2,110 kes yang dilaporkan semalam dan 2,143 pada hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh yang sama, sebanyak 29 orang meninggal dunia berbanding 27 sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan 32,000 orang. Sebanyak 19,935 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan di hospital manakala 1,986 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,580,277 telah pulih daripada Covid-19. Bagi program vaksinasi pula, setakat ini sebanyak 142,363,254…

Read More

Segerakan PRU atau UMNO tewas

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Menjelang setahun Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, UMNO sekali,lagi menyarankan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disegerakan. “Segerakanlah atau UMNO, BN (Barisan Nasional) akan tewas PRU,” kata Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, sambil menyifatkan sekarang adalah waktu terbaik untuk ia diadakan. Melalui Facebook hari ini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, berkata tindakan melengahkan PRU bermakna parti itu memberi senjata kepada musuh untuk terus menyerang. Disebabkan itu katanya, tidak ada satu pun daripada pemimpin pembangkang yang meminta supaya Parlimen dibubarkan…

Read More

Lawatan kukuh hubungan Malaysia-Turkiye

ISTANBUL 20 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah optimis hubungan dua hala Malaysia – Turkiye akan terus meningkat ke tahap lebih tinggi menjelang 60 tahun hubungan kedua-dua negara pada 2024. Baginda bertitah, Malaysia dan Turkiye yang bersetuju meningkatkan taraf hubungan dua hala kepada perkongsian strategik komprehensif akan terus kekal kukuh melalui pelbagai kerjasama antara kedua-dua negara. “Lawatan Negara ke Turkiye adalah landasan pengukuhan hubungan dua hala dan menjadi pemangkin persahabatan yang terjalin sejak lebih enam dekad lalu. “Justeru saya berharap hubungan antara Malaysia dengan Turkiye…

Read More

PBM mahu kekal 3 Parlimen 5 DUN

AMPANG 20 Ogos – Berapa pun kosnya, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tetap perlu dilaksanakan. Begitulah reaksi kepada kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh berhubung anggaran kos RM1 bilion. Bagi Presiden pengganti Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zuraida Kamaruddin, anggaran itu adalah logik yang antaranya disebabkan penambahan pengundi baharu lebih 40 peratus. “Sudah tentu SPR perlukan lebih ramai kakitangan, tempat dan sebagainya. Jadi itu adalah punca peningkatan kos untuk mengadakan pilihan raya. Bagaimanapun PRU15 terpaksa kita laksanakan kerana mandat sudah sampai,” katanya. Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Zuraida…

Read More

Kes harian turun kepada 3,490

PUTRAJAYA 20 Ogos – Jangkitan kes baharu Covid-19 semalam menunjukkan penurunan kepada 3,490 kes berbanding 4,071 kes yang dicatat pada hari sebelumnya. Menurut data KKM di portal COVIDNOW,  jumlah keseluruhan kes setakat ini sejak pandemik bermula meningkat kepada 4,752,490. Sebanyak enam kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) dengan jumlah keseluruhan 36,130 orang meninggal dunia. Pada masa yang sama, sebanyak 42,767 kes aktif Covid-19 dilaporkan di mana 96.4 peratus atau 41,212 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. Sebanyak 1,454 kes dirawat di hospital…

Read More

Tiada usul Pas ‘tinggalkan’ UMNO

ALOR SETAR 20 Ogos – Tiada usul diterima bagi memutuskan hubungan dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) untuk dibahaskan pada Muktamar Pas kali ke-68 mulai 1 hingga 4 September ini. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengesahkan tiada mana-mana perwakilan daripada keseluruhan 197 kawasan di seluruh negara mengemukakan usul berkaitan. Katanya, hanya terdapat beberapa perkara dibangkitkan mengenai hubungan di dalam MN tetapi tidak lebih daripada penekanan atau fokus terhadap memperkasakan penyatuan ummah. Takiyuddin menegaskan bahawa pendirian yang diambil Pas berhubung MN amat jelas di mana penyatuan ummah tidak terhad kepada parti…

Read More

Ikan, ketam jalani ‘swab test’ di Xiamen

DI Xiamen, tular rakaman video menunjukkan pekerja-pekerja perubatan melakukan ujian calitan atau ‘swab test’ Covid-19 ke atas ikan dan ketam hidup. Ini bukan kali pertama ujian calitan Covid-19 dilakukan terhadap haiwan, malah sejak kebelakangan ini ada notis pihak berkuasa supaya ujian itu dilakukan. Jawatankuasa Daerah Kawalan Pandemik Maritim di Xiamen mengeluarkan notis menegaskan bahawa apabila nelayan kembali ke pelabuhan, mereka dan hasil tangkapan laut mesti menjalani ujian Covid-19. Media China sebelum ini menyatakan kebimbangan bahawa hidupan laut mungkin mempunyai kaitan dengan penyebaran pandemik coronavirus. Ini berikutan kes terawal pandemik Covid-19…

Read More