Thailand catat 1,902 kes baharu

BANGKOK 20 Ogos – Thailand merekodkan 1,902 kes baharu Covid-19, kesemuanya kes tempatan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,632,212.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 2,110 kes yang dilaporkan semalam dan 2,143 pada hari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh yang sama, sebanyak 29 orang meninggal dunia berbanding 27 sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan 32,000 orang.

Sebanyak 19,935 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan di hospital manakala

1,986 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,580,277 telah pulih daripada Covid-19.

Bagi program vaksinasi pula, setakat ini sebanyak 142,363,254 dos telah diberikan kepada rakyat negara itu.

Related posts

Leave a Comment