MB Perlis miliki lesen sah senapang patah

KANGAR 30 Mei – Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah, memiliki lesen senjata api yang sah bagi selaras senapang patah digunakan dalam insiden menembak seekor lembu korban sedang mengamuk, kata Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop,.

Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata ia berdasarkan hasil semakan oleh Bahagian Pelesenan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak polis merampas senapang patah terbabit dan sembilan butir peluru jenis ‘buckshot’, bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

“Pihak polis mengesahkan sudah menerima satu laporan daripada orang awam pada jam 4.51 petang semalam berhubung hantaran video tular berdurasi 38 saat yang memaparkan insiden di Dataran Lok 9, Kuala Perlis itu.

Bertindak atas maklumat, pasukan dari IPD Kangar sudah merakam keterangan Menteri Besar.

“Berdasarkan keterangan, tindakan itu (melepaskan tembakan) diambil kerana lembu berkenaan sedang mengamuk dan mengancam petugas serta orang awam pada Program Ibadah Korban Perdana Kuala Perlis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Yusharifuddin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206) kerana melepaskan tembakan di tempat awam yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun dan denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang provokasi terhadap mana-mana pihak.

“Pihak polis memandang serius perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman awam, dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Semalam, Abu Bakar tampil menjelaskan bahawa tindakan melepaskan tembakan ke arah seekor lembu korban yang tular dalam media sosial, terpaksa dilakukan bagi mengelak haiwan sedang mengamuk itu daripada mendatangkan kecederaan kepada petugas.

Abu Bakar dipetik berkata, tembakan itu hanya dilepaskan ke arah kaki lembu berkenaan yang terlucut ikatannya, sebelum penyembelihan dilakukan seperti biasa.

Susulan itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dilapor menjelaskan bahawa haiwan peliharaan yang halal dimakan tetapi sukar atau tidak dapat ditangkap untuk disembelih, adalah dibenarkan untuk dipanah atau ditembak terlebih dahulu.

Nnnn

KANGAR: Tindakan me

Related posts

Leave a Comment